329,936 Pati Diputihkan Di Bawah Program 6P

Diterbitkan: Sabtu, 24 Mac 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PUTRAJAYA: Kementerian Dalam Negeri (KDN) berjaya memutihkan 329,936 pendatang asing tanpa izin (PATI) untuk bekerja dengan 59,990 majikan di bawah proses pemutihan Pekerja dan Pendatang Asing Tanpa Izin (6P), sehingga kini.

Ketua Setiausaha KDN, Tan Sri Mahmood Adam berkata, PATI yang diputihkan telah bekerja dengan majikan daripada pelbagai sektor seperti perkilangan, perkhidmatan, pembinaan, perladangan dan pertanian.

Beliau berkata, proses pemutihan program 6P yang bermula pada 10 Oktober tahun lalu akan berakhir pada 10 April ini.

"Seramai 115,721 PATI telah diampunkan dan memilih untuk pulang ke negara masing-masing dengan Indonesia seramai 73,598 orang; India (9,034); Nepal (7,254); Myanmar (6,342); Kemboja (4,337); Bangladesh (4,289); Vietnam (2,498); Pakistan (2,450); Filipina (1,945); Sri Lanka (1,481); China (1,168); dan lain-lain negara (1,325)," katanya dalam kenyataan di sini, Jumaat.

Daripada jumlah tersebut, seramai 85,818 PATI memilih jalan udara, 29,405 memilih jalan laut dan selebihnya menggunakan jalan darat.

Mahmood berkata, pusat setempat program 6P yang dibuka di Cameron Highlands pada 5 Mac lepas atas permintaan pengusaha-pengusaha kebun sayur berakhir Jumaat.

"Selepas tiga minggu beroperasi, pusat setempat Cameron Highlands telah memproses sebanyak 1,793 PATI yang melibatkan 301 majikan manakala sebanyak sembilan permohonan pengambilan pekerja asing baru/gantian telah diterima yang melibatkan seramai 140 orang pekerja asing," katanya.

Katanya, 214 syarikat telah mengemukakan permohonan pengambilan pekerja asing baru/penggantian yang melibatkan seramai 9,238 orang pekerja asing, di bawah Program Sehari Bersama Pengusaha Perabot Muar, Johor pada 10 Mac lalu.

"Syarikat-syarikat tersebut akan mula ditemu duga mulai hari ini sehingga 29 Mac 2012. Program sehari tersebut telah dijayakan bersama oleh KDN, Jabatan Tenaga Kerja, MITI dan Persatuan Perabot Muar (MFA)," katanya.

Mahmood berkata, KDN melalui Jawatankuasa Rayuan Permohonan Pekerja Asing Peringkat Kementerian Dalam Negeri (JARPAK) mula mempertimbangkan permohonan pengambilan pekerja asing baru dan penggantian daripada sektor-sektor yang kritikal terutamanya yang terbabit dalam Bidang Ekonomi Utama Negara (NKEA).

"Jawatankuasa tersebut turut dianggotai Jabatan Tenaga Kerja Semenanjung Malaysia, Kementerian Sumber Manusia dan agensi-agensi kawal selia yang lain," katanya. - BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 24 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Harry - Abang Lori Tenonenonet

Khamis, 23 November 2017 11:18 PM

Fazura Sah Tunangan Fattah Amin

Khamis, 23 November 2017 7:36 PM

Alahai KTM! Bila Isu Tren Tergelincir Nak Selesai?

Khamis, 23 November 2017 4:00 PM

Tatang Bagai Puteri, Tapi Ini Jadinya - Harris Baba

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Kolumnis

iklan

Iklan