Wanita Umno Terus Berjuang Sebagai Tulang Belakang BN - Shahrizat

Diterbitkan: Jumaat, 23 Mac 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Shahrizat (kanan) memberi lambaian kepada sebahagian daripada lebih 8,000 anggota Wanita Umno yang menghadiri majlis perhimpunan sayap itu di Kuala Lumpur. Foto ONG SOON HIN.
Shahrizat (kanan) memberi lambaian kepada sebahagian daripada lebih 8,000 anggota Wanita Umno yang menghadiri majlis perhimpunan sayap itu di Kuala Lumpur. Foto ONG SOON HIN.

KUALA LUMPUR: Wanita Umno akan meneruskan perjuangan berikutan pergerakan itu merupakan komponen terbesar sebagai tulang belakang dalam Barisan Nasional (BN).

Ketua sayap itu, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil berkata, dalam politik adalah jelas, terutama untuk Wanita Umno memperjuangkan untuk agama, bangsa dan negara.

“Dan kita adalah komponen terbesar dalam BN dan Wanita Umno menjadi tulang belakang kepada Umno dan BN.

“Itu adalah peringatan Presiden (Umno), Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak bahawa harapan beliau begitu tinggi bahawa Wanita (Umno)lah yang membawa kemenangan pada pilihan raya umum ke-13.

“Kita akan teruskan perjuangan, seperti biasa kerja yang kita jalankan malah akan dipertingkatkan lagi,” katanya kepada pemberita selepas memberi taklimat padaPerhimpunan Wanita Umno di sini, Jumaat.

Sharizat mengucapkan terima kasih kepada exco dan semua anggota Wanita Umno kerana mereka memberi sokongan kepada beliau.

“Saya juga mengucapkan terima kasih kepada Yang Amat Berhormat Presiden Umno (Najib) kerana telah menyatakan dengan jelas bahawa beliau memberi sokongan kepada saya selaku Ketua Wanita Umno,” katanya.

Menurut Shahrizat, Wanita Umno perlu bersatu-padu, bersemangat, mempunyai disiplin dan strategi dalam menjalankan tugas-tugas bagi menghadapi pilihan raya.

“Apa yang mustahak pada saya dalam perhimpunan ini adalah gelombang ‘merah putih’ yang dimulakan oleh Wanita Umno.

“Saya dapat lihat semangat dan keikhlasan mereka untuk berjuang, sebagai satu keluarga,” kata Shahrizat yang gembira dengan sambutan perhimpunan itu yang dihadiri lebih 8,000 anggota Wanita Umno dari seluruh negara.

iklan

Video

Jumaat, 20 Oktober 2017 2:30 PM

Umur Dah Lanjut Pun Nak Menyanyi Lagi?

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Kolumnis

iklan

Iklan