Tokoh Wartawan Tan Sri Mazlan Nordin Meninggal Dunia

Diterbitkan: Jumaat, 23 Mac 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Mazlan Nordin
Mazlan Nordin

KUALA LUMPUR: Tokoh wartawan negara yang juga bekas Pengerusi Pertubuhan Berita Nasional Malaysia (Bernama) Tan Sri Mazlan Nordin, 86, meninggal dunia di Pusat Perubatan Universiti Malaya, di sini pada pukul 4.15 petang Khamis.

Anak Allahyarham, Yuri Azhar berkata bapanya telah dimasukkan ke pusat perubatan itu pada Rabu setelah terjatuh di bilik air di rumahnya.

Allahyarham meninggalkan lima orang cahaya mata iaitu empat lelaki dan seorang perempuan serta empat orang cucu.

Jenazah Allahyarham akan dibawa ke rumah anak perempuannya di No 14, Jalan Dato Abu Bakar 16/1, Petaling Jaya untuk urusan pengebumian.

Mazlan pernah bertugas di akhbar Utusan Melayu, Voice of America, kemudian kembali ke Utusan Melayu, ke akhbar Berita Harian, seterusnya ke Bernama, sebelum kembali ke Utusan Melayu dan kemudian menjadi pengerusi Bernama.

Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) menganugerahkan beliau Ijazah Kehormat Doktor Falsafah dalam bidang komunikasi di atas jasanya kepada bidang kewartawanan pada konvokesyen tahun 2005.

Selain itu beliau turut dianugerahkan Tokoh Wartawan Malaysia pada tahun 2002 dan Tokoh Wartawan Terbilang UKM 2009. - BERNAMA

iklan

Video

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Kolumnis

iklan

Iklan