Tidak Kecil Hati, Terima Pandangan Kamilia - Shahrizat

Diterbitkan: Jumaat, 23 Mac 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Shahrizat (tengah) dikelilingi oleh para penyokongnya pada majlis Perhimpunan Wanita Umno di Kuala Lumpur. Foto AZMAN GHANI.
Shahrizat (tengah) dikelilingi oleh para penyokongnya pada majlis Perhimpunan Wanita Umno di Kuala Lumpur. Foto AZMAN GHANI.

KUALA LUMPUR: Ketua Wanita Umno, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil tidak berkecil hati dengan Naib Ketua sayap itu, Datuk Kamilia Ibrahim yang menggesa beliau agar meletakkan jawatan sebagai ketua pergerakan tersebut.

Shahrizat berkata, hubungan beliau dengan Kamilia adalah baik, malah menganggap Naib Ketua Wanita Umno itu sebagai kakaknya.

"Sebagai seorang Ketua Wanita (Umno), saya mesti menjadi payung dan adil kepada semua.

"Saya memahami cara kamilia. Tidak jadi satu perkara yg besar dan tidak berkecil hati. Apatah lagi pandangan dari seorang yang lebih berusia daripada saya.

"Beliau (Kamilia) sudah beri pandangan beliau. Saya terima. Kita sebagai satu keluarga. Sebagai ketua, saya mesti menerima semua pandangan," katanya kepada pemberita selepas memberi taklimat pada Perhimpunan Wanita Umno di sini, Jumaat.

Kamilia sebelum ini menggesa agar Shahrizat meletakkan jawatan sebagai Ketua Wanita Umno bagi mengekalkan "kredibiliti parti, sayap, Barisan Nasional (BN) dan kerajaan.”

Bagaimanapun, Presiden Umno, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak pada Jumaat memberitahu bahawa Shahrizat kekal memegang jawatan sebagai ketua sayap bagi pergerakan itu.

Najib yang juga perdana menteri berkata, Shahrizat belum dibuktikan bersalah dari segi undang-undang berhubung isu Perbadanan Fidlot Nasional (NFCorp) yang melibatkan keluarganya.

"Berdasarkan prinsip dan dasar kita (Umno) yang Shahrizat belum dibuktikan bersalah, maka tidak ada sebab untuk beliau mengorbankan atau meninggalkan jawatan itu (Ketua Wanita Umno)," kata Najib lagi.

iklan

Video

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Kolumnis

iklan

Iklan