Shahrizat Kekal Ketua Wanita Umno - Najib

Diterbitkan: Jumaat, 23 Mac 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Najib (kanan) bersama Shahrizat (tengah) bersama pada majlis Perhimpunan Wanita Umno di Kuala Lumpur. Foto ONG SOON HIN.
Najib (kanan) bersama Shahrizat (tengah) bersama pada majlis Perhimpunan Wanita Umno di Kuala Lumpur. Foto ONG SOON HIN.

KUALA LUMPUR: Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil kekal memegang jawatan sebagai Ketua Wanita Umno, kata Presiden Umno, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak.

"Beliau (Shahrizat) mengambil tanggungjawab moral dengan meletakkan jawatan sebagai menteri meskipun beliau belum dibuktikan bersalah dari segi undang-undang.

"Tetapi tanggungjawab moral itu disebabkan ia (isu Perbadanan Fidlot Nasional) melibatkan keluarganya.

"Namun atas dasar dan prinsip kita (Umno) kerana tidak ada kesalahan yang terbukti, maka tiada sebab jawatan (Ketua Wanita) harus dikorbankan atau Shahrizat perlu meninggalkan jawatan itu,"kata Najib kepada pemberita selepas memberi taklimat pada Perhimpunan Wanita Umno di sini, Jumaat.

Antara yang turut hadir pada perhimpunan itu ialah Timbalan Presiden Umno, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan ketiga-tiga Naib Presiden, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal dan Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

Najib berkata, jawatan Shahrizat sebagai ketua sayap itu adalah berdasarkan pemilihan sendiri oleh para anggotanya.

Shahrizat baru-baru ini mengumumkan akan berundur daripada jawatan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat selepas tamat tempoh senatornya pada 8 April ini dan kekal sebagai Ketua Wanita Umno.

Bagaimanapun, Naib Ketua sayap itu, Datuk Kamilia Ibrahim menggesa agar Shahrizat meletakkan jawatan sebagai Ketua Wanita Umno bagi mengekalkan "kredibiliti parti, sayap, Barisan Nasional (BN) dan kerajaan.”

Dalam pada itu, Najib berkata, harapan beliau supaya pergerakan Wanita Umno akan bekerja kuat untuk pilihan raya umum akan datang.

“Pergerakan Wanita (Umno) telah sebulat suara, seia sekata melahirkan kesanggupan dan komitmen tinggi untuk bekerja dengan sepenuh hati dan bersunguh-sunguh bagi mencapai kemenangan besar untuk Barisan Nasional (BN).

“Saya dan Timbalan Presiden, Tan Sri Muhyiddin Yassin bertemu dengan Datuk Seri Shahrizat dan Datuk Kamilia. Dan kedua-dua pemimpin Wanita ini akan bekerjasama sepenuhnya selepas ini, turun padang sebagai satu pasukan bersama anggota-angota yang lain.

“Ini supaya Wanita merupakan satu pasukan yang jitu dan kukuh, dapat menggalas tanggungjawab yang diletakkan ke atas pergerakan Wanita.

“Saya akan memastikan mereka akan bekerjasama sebagai satu pasukan sepenuhnya kerana ia penting, memandangkan sayap ini amat berfungsi dengan baik menerusi komitmen yang penuh,” kata Najib.

iklan

Video

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Selasa, 14 November 2017 9:00 AM

“Penat..Tapi Best!” - Nad Zainal

Kolumnis

iklan

Iklan