Saya Akan Kerjasama Dengan Shahrizat Demi Kemenangan BN Pada PRU-13 - Kamilia

Diterbitkan: Jumaat, 23 Mac 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Shahrizat (tengah) dikelilingi oleh para penyokongnya pada majlis Perhimpunan Wanita Umno di Kuala Lumpur. Foto AZMAN GHANI.
Shahrizat (tengah) dikelilingi oleh para penyokongnya pada majlis Perhimpunan Wanita Umno di Kuala Lumpur. Foto AZMAN GHANI.

KUALA LUMPUR: Naib Ketua Wanita Umno, Datuk Kamilia Ibrahim akan bekerjasama dengan ketua sayap itu, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil bagi memastikan kemenangan Barisan Nasional (BN) pada pilihan raya umum ke-13.

Kamilia berkata, Presiden parti, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak meminta Wanita Ummo agar berdiri teguh bersama dengan ketua sayap itu.

“Dan saya sebagai naib (kepada Ketua Wanita) dan semua exco akan meneruskan memberi kepimpinan kepada Wanita di semua peringkat negeri juga bahagian sehingga ke peringkat akar umbi untuk memastikan kemenangan Barisan Nasional (BN) dalam piliharan raya umum ke-13.

“Saya sebagai (pemimpin) nombor dua mempunyai tanggungjawab yang besar untuk sama-sama memastikan bahawa Wanita Umno akan bergerak sebagai satu pasukan,” katanya kepada pemberita selepas memberi taklimat pada Perhimpunan Wanita Umno di sini, Jumaat.

Kamilia sebelum ini menggesa agar Shahrizat meletakkan jawatan sebagai Ketua Wanita Umno bagi mengekalkan "kredibiliti parti, sayap, BN dan kerajaan.”

Bagaimanapun, Presiden Umno juga perdana menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak berkata, Shahrizat akan kekal memegang jawatan ketua sayap bagi parti itu.

Ketika ditanya adakah beliau akan menarik balik kenyataan itu, Kamilia menjawab: “Kenyataan saya itu adalah satu kenyataan yang saya beri berlandaskan apa yang saya dapat daripada akar umbi. Itulah yang saya nyatakan dan disiarkan dalam akhbar.”

“Ia berdasarkan saya sebagai ahli Umno dan naib (kepada Ketua Wanita), mereka datang berjumpa saya. Jadi, saya nyatakan apa yang diperkatakan kepada saya,” katanya.

“Terpulang kepada anda untuk menterjemahkannya,” ujar Kamilia apabila ditanyakan sama ada kenyataan itu berdasarkan pandangan peribadinya.

Shahrizat baru-baru ini mengumumkan akan berundur daripada jawatan menteri selepas tamat tempoh senatornya pada 8 April ini dan kekal sebagai Ketua Wanita Umno.

Pengunduran itu berikutan dengan isu Perbadanan Fidlot Nasional (NFCorp) yang melibatkan keluarganya.

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan