Program Transformasi Kerajaan Tunjuk Pencapaian Positif - Muhyiddin

Diterbitkan: Jumaat, 23 Mac 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Program Transformsi Kerajaan (PTK) yang dilancarkan pada Januari 2010, menunjukkan kemajuan positif dengan mencapai 121 peratus sasarannya, kata Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Timbalan Perdana Menteri berkata walaupun sesetengah rakyat negara ini memandang sinis terhadap pencapaian itu, "usaha kita telah membuahkan hasil".

"Saya melihatnya dalam penurunan kadar jenayah, peningkatan kadar celik huruf dan pendidikan dan projek pengangkutan bandar yang dilaksanakan. Saya dapat melihat kehidupan rakyat berubah kepada yang lebih baik," katanya.

Muhyiddin berkata demikian dalam ucap utama beliau bertajuk 'Program Transformasi Kerajaan Di Malaysia: Mencapai Kejayaan, Mendepani Cabaran Masa Depan' pada satu jamuan tengah hari bersama pemimpin-pemimpin korporat anjuran Institut Pengurusan Malaysia( MIM) di sini Khamis.

Turut hadir pengerusi MIM Datuk Seri Mohamed Iqbal Rawther dan presidennya Tun Mohammed Hanif Omar.

Muhyiddin berkata hasil PTK hanya dapat dirasai kumpulan sasaran, contohnya, jika seseorang itu bukan penduduk kampung, dia tidak akan menghargai apa yang sedang dilakukan melalui projek infrastruktur asas luar bandar.

"Jika anda bukan pengguna harian komuter pengangkutan awam, anda mungkin tidak perasan penambahbaikan yang telah dibuat. Jika anda tidak ada anak yang memerlukan pendidikan prasekolah, anda tidak akan menghargai usaha yang sedang dibuat untuk meningkatkan kadar celik huruf dan angka dalam kalangan kanak-kanak di negara ini," katanya.

Muhyiddin berkata melalui projek infrastruktur luar bandar, kerajaan telah membina jalan sepanjang 997km, manakala 72,406 isi rumah mendapat bekalan air bersih yang dirawat, yang memberi manfaat kepada tiga juta orang, iaitu sejuta lebih ramai daripada pada 2010.

"Kita telah membawa keluar lebih ramai golongan miskin tegar ke tahap mampu menyara diri melalui pelbagai program 1Azam untuk memastikan mereka tidak kembali terjerumus ke lembah itu.

"Keprihatinan ini mendorong kerajaan untuk memantau kenaikan kos sara hidup melalui NKRA (Bidang Keberhasilan Utama Negara) pada Julai tahun lepas.

"Bagi tujuan ini, kerajaan mengambil keputusan meletakkan semua program kebajikan di bawah NKRA agar kita dapat menyemak semula inisiatif yang telah dilaksanakan sebelum ini, mengubah suai dan memfokuskan bantuan kepada mereka yang memerlukannya," kata beliau.

Muhyiddin berkata bantuan kewangan yang diberi oleh kerajaan melalui inisiatif kos sara hidup bertujuan mengurangkan kesan kenaikan harga makanan dan kemungkinan kemelesatan ekonomi yang boleh menjejaskan bukan saja Malaysia tetapi juga seluruh dunia.

Matlamat NKRA terbaru ini adalah semata-mata untuk memberi kelegaan segera kepada rakyat melalui langkah pantas sambil menggubal strategi jangka panjang untuk menangani kenaikan kos sara hidup, katanya.

"Malah, sebelum NKRA ketujuh ini diperkenalkan, kerajaan telah bertindak secara proaktif dalam membendung kenaikan kos sara hidup," kata Muhyiddin.

Beliau berkata dari 2010 hingga Julai 2011, kerajaan membelanjakan RM36.7 bilion untuk memberi bantuan dalam bentuk wang dan subsidi makanan serta petrol di samping pelbagai bentuk bantuan lain kepada rakyat.

"Inisiatif susulan seperti produk generik 1Malaysia, program eKasih, penambahbaikan terhadap infrastruktur asas luar bandar dan subsidi yang diberi melalui hospital kerajaan serta pelbagai inisiatif lain di bawah NKRA, semuanya membantu meringankan beban rakyat," kata beliau.- BERNAMA

iklan

Video

Selasa, 17 Oktober 2017 3:37 PM

Siapa Haida Hafiz?

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Selasa, 17 Oktober 2017 9:00 AM

Ferhad Nak Berdangdut!

Isnin, 16 Oktober 2017 2:00 PM

Jom Santai Bersama Ruhainies Dan Tajul!

Isnin, 16 Oktober 2017 1:17 PM

Macam Mana Boleh Tersepit?

Isnin, 16 Oktober 2017 9:00 AM

#BiziBody: Haters Maki Tajul Di Instagram!

Jumaat, 13 Oktober 2017 2:30 PM

Ruhainies Bersedia Untuk Berkeluarga

Kolumnis

iklan

Iklan