Perlumbaan F1 Sumbang Pendapatan Kepada Malaysia - Najib

Diterbitkan: Jumaat, 23 Mac 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

SEPANG: Penganjuran perlumbaan Formula One, acara sukan terbesar di negara ini, telah menyumbang kepada pendapatan sektor pelancongan di Malaysia, kata Datuk Seri Najib Tun Razak.

Perdana Menteri berkata perlumbaan F1 menjadi penggerak pertumbuhan kepada negara ini yang meraih pelbagai manfaat menerusi penglibatan dalam acara itu.

Dalam kata-kata aluannya dalam buku cenderahati perlumbaan F1 yang akan berlangsung di Litar Antarbangsa Sepang (SIC) pada Ahad ini, beliau berkata pengendali SIC melaporkan bahawa acara Grand Prix Malaysia tahun lepas telah menjana RM200 juta daripada kegiatan ekonomi.

Daripada satu tinjauan yang dibuat selepas acara itu, pelancong asing yang datang untuk menyaksikan Grand Prix Malaysia membelanjakan sehingga RM7,000 setiap seorang bagi tempoh purata enam hari.

"Ini adalah hasil sampingan daripada perlumbaan Formula One yang menyumbang kepada pendapatan sektor pelancongan," katanya.

Najib mengulangi komitmen kerajaan Malaysia untuk terus menyokong acara itu dan menawarkan apa saja bantuan bagi menjayakannya.

Dengan tiga pasukan membawa lambang Malaysia dalam perlumbaan tahun ini, Perdana Menteri berkata beliau yakin acara kali ini akan menjadi sesuatu yang istimewa kepada rakyat Malaysia.

Pasukan-pasukan yang mempunyai kaitan dengan Malaysia ialah Mercedes, Lotus dan Caterham.

"Kita bangga dengan penglibatan mereka dalam perlumbaan ini dan ia merupakan penyertaan terbanyak oleh sesebuah satu negara.

"Saya harap ketiga-tiga pasukan ini memberikan saingan yang kuat dan membuat Malaysia bangga," katanya.

Ini merupakan kali ke-14 Malaysia menganjurkan perlumbaan F1 ini sejak 1999. -BERNAMA

iklan

Video

Selasa, 26 September 2017 2:30 PM

“Tiada Yang Melampau Pun” – Dayana Roza

Selasa, 26 September 2017 10:30 AM

Bakat Namron Ditidakkan?

Selasa, 26 September 2017 7:16 AM

Inilah Fesyen Artis Sempena FFM29

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Kolumnis

iklan

Iklan