Pekerja Mahu KTMB Kekal Entiti Kerajaan

Diterbitkan: Jumaat, 23 Mac 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Kesatuan Pekerja-Pekerja Keretapi Tanah Melayu (RUM) meminta kerajaan mengembalikan semula Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) sebagai sebuah badan sektor awam memandangkan usaha penswastaannya sebelum ini menemui kegagalan dan mendatangkan masalah kepada pekerja.

Presidennya Abdul Razak Md Hassan berkata ini kerana syarikat swasta telah terbukti tidak mampu menerajui KTM dengan baik seperti yang pernah berlaku sekitar tahun 1997 hingga 2002 apabila Konsortium Marak Unggul Sdn Bhd dilantik mengambil alih pengurusan KTMB untuk memulihkan KTMB serta memberi tambahan pendapatan sehingga memberi keuntungan.

"Tetapi sebaliknya timbul porak poranda dalam pengurusan malah ramai pekerja KTMB bukan eksekutif diletakkan sebagai "surplus" (berlebihan) sehingga menimbulkan pertikaian antara kesatuan dan pengursan Marak Unggul sehingga kontrak syarikat itu ditamatkan," katanya dalam satu kenyataan pada Jumaat.

Beliau berkata kini pihak kesatuan difahamkan perunding MMC Corporation Berhad telah memasuki KTMB untuk membuat penilaian yang merupakan kajian sebelum menawarkan pengambilalihan KTMB.

Abdul Razak berkata kesatuan tidak nampak sebarang kebaikan yang boleh diberikan kepada KTMB oleh MMC menerusi pengambilalihan itu dan desas desus yang mengatakan bahawa MMC akan menyuntik sumber kewangan sebanyak RM1 bilion tidak bolah dianggap satu suntikan yang besar.

Katanya ini kerana jumlah itu masih tidak mampu untuk membeli entiti KTMB kalau dikirakan kos sebenar seperti RM1.8 bilion untuk membeli 38 set komuter enam gerabak.

Abdul Razak berkata KTMB adalah sebuah syarikat pengangkutan awam yang memberi perkhidmatan sosial kepada rakyat dengan perkhidmatan yang murah, selesa dan selamat.

"Langkah membenarkan syarikat lain mengambil alih KTMB adalah satu perkara yang sangat merugikan rakyat kerana tidak mustahil, sebagai entiti swasta, kos tambang pengangkutan akan ditingkatkan," katanya.

Abdul Razak berharap kerajaan akan menolak cadangan MMC atau mana-mana syarikat yang mahu mengambil alih KTMB dan sebaliknya memberi tumpuan terhadap perkhidmatan yang lebih baik kepada rakyat berpendapatan rendah.

Katanya RUM membantah kajian yang dijalankan oleh MMC itu dan meminta Kementerian Kewangan mengarahkan supaya ianya dihentikan serta merta kerana kesatuan tidak bersetuju dengan sebarang usaha menyerahkan KTMB kepada sektor swasta demi kebaikan pekerja serta rakyat keseluruhannya. -BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan