Najib Pilih Calon Ikut Kehendak Rakyat

Diterbitkan: Jumaat, 23 Mac 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Datuk Seri Najib Tun Razak berkata beliau perlu mengikut kehendak rakyat dalam memilih calon bagi pilihan raya.

"Sebagai seorang pemimpin, adalah wajar saya mendengar apa yang rakyat mahu. Maka, saya akan membuat keputusan sama ada tempoh bagi seseorang itu sudah sampai dan dia tidak lagi harus bertanding," kata Perdana Menteri dalam satu temubual dengan DJ Sam Mak dan Tan Yi Hui dari stesen radio 988 FM dalam program satu jam "988 Street VIP" pada Khamis.

Sebagai contoh, kata Najib, jika orang ramai di sesuatu kawasan itu mendapati wakil rakyat mereka gagal menjalankan tugas dengan baik dan mereka tidak lagi mahu orang ini mewakili mereka, maka beliau perlu membuat keputusan.

Persoalan yang akan timbul akhirnya ialah sama ada beliau selaku Perdana Menteri dapat memenuhi kepentingan rakyat atau tidak, katanya.

Najib berkata beliau akan dipersalahkan kerana menggugurkan mereka.

"Kita tidak boleh salahkan pemimpin kerana pemimpin melakukan apa yang terbaik untuk rakyat. Itulah prinsip yang saya pegang," katanya.

Ketika ditanya sama ada pilihan raya umum kali ini akan diadakan pada Mei atau Jun, Perdana Menteri berkata apa saja boleh berlaku tetapi memilih tarikh pilihan raya bergantung kepada banyak faktor.

Katanya apa yang penting ialah untuk meyakinkan rakyat bahawa masanya adalah sesuai dan terdapat keyakinan yang tinggi terhadap kerajaan.

"Saya masih menilai keadaan semasa lawatan saya ke seluruh negara. Saya ingin lihat sejauh mana sokongan rakyat terhadap saya dan terhadap kemampuan kita menyelesaikan isu-isu semasa.

"Mudah-mudahan terdapat faktor-faktor keyakinan yang baik malah yang kukuh, maka itulah masanya saya rasa kita akan adakan," katanya.

Mengenai serangan peribadi dalam laman Facebook beliau, Najib berkata itu sudah dijangka kerana dalam alam siber, semuanya boleh belaka.

"Tapi, jika ada teguran positif dan membina, saya rasa ianya baik untuk negara melibatkan rakyat.

"Rakyat harus menyatakan pendapat. Sebagai pemimpin, terpulang kepada kita untuk melibatkan mereka. Proses penglibatan rakyat ini baik untuk kita. Saya menyambut baik proses ini dan berharap rakyat akan melihatnya secara positif," katannya.

Ketika ditanya sama ada beliau menganggap dirinya seorang ahli politik atau seorang negarawan, Perdana Menteri berkata beliau berpendapat kombinasi kedua-duanya perlu ada pada seorang pemimpin sebuah negara demokrasi yang segar seperti Malaysia dan negara-negara lain.

Katanya kerajaan mempunyai perancangan jangka panjang dan visi yang amat jelas untuk Malaysia.

"Namun, pada masa yang sama, saya harus berpijak di bumi nyata. Saya sedar bahawa untuk mencapai visi jangka panjang ini, kita perlu menang dalam pilihan raya akan datang," kata Najib. - BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan