Kedutaan Indonesia Serahkan Isu Pembantu Rumah Kepada Kerajaan

Diterbitkan: Jumaat, 23 Mac 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Kedutaan Besar Indonesia menyerahkan kepada kerajaan Malaysia dan Indonesia serta agensi yang terlibat untuk menyelesaikan su pertikaian 'satu pembantu rumah, satu tugas' dan kelewatan penghantaran pembantu rumah ke Malaysia.

Timbalan Duta Besar Indonesia, Mulya Wirana berkata walaupun pihaknya turut menerima permintaan daripada majikan dan agensi pembantu rumah supaya mempercepatkan ketibaan pembantu rumah Indonesia ke Malaysia namun pihaknya tidak dapat banyak membantu dalam hal tersebut.

"Kami hanya boleh memproses permohonan tersebut untuk dipertimbangkan oleh kerajaan Indonesia.

"Tindakan lanjut hanya boleh diberikan dari Jakarta. Kami tidak mempunyai hak dalam perkara ini dan tidak banyak yang kami boleh lakukan untuk membantu dalam hal ini," katanya pada Khamis.

Minggu lalu, laporan media memetik Ketua Pengarah Pembinaan dan Penempatan Tenaga Kerja, Kementerian Tenaga Kerja dan Transmigrasi Indonesia Dr Reyna Usman sebagai berkata Indonesia telah mula melatih pembantu rumah untuk dikirim ke Malaysia di mana mereka hanya akan melakukan satu tugas yang khusus dengan gaji minimum RM700.

Laporan itu berdasarkan hasil yang dicapai pada pertemuan Pasukan Petugas Bersama (JTF) Malaysia-Indonesia mengenai pengambilan, penempatan dan perlindungan pembantu rumah Indnonesia serta majikan Malaysia.

Kesepakatan yang dicapai itu menjelaskan mengenai empat jawatan khusus untuk pembantu rumah Indonesia iaitu tukang masak, pengasuh bayi, penjaga orang tua dan pengemas rumah.

Setakat ini, seramai 106 pembantu rumah Indonesia mula dilatih selama 200 jam atau 21 hari dengan kemahiran khusus masing-masing.

iklan

Video

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Jumaat, 15 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Payslip - Semangat Yang Hilang

Kolumnis

iklan

Iklan