Exco Wanita Umno Mahu Shahrizat Kekal

Diterbitkan: Jumaat, 23 Mac 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Exco Wanita Umno pada Khamis menyokong penuh kepimpinan Ketuanya, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil biarpun terdapat desakan supaya beliau mengundurkan diri.

Exconya, Datuk Raja Ropiah Raja Raja Abdullah turut melahirkan rasa kesal terhadap kenyataan desakan Naib Ketua Wanita Umno, Datuk Kamilia Ibrahim agar Shahrizat berundur daripada jawatannya sertan menyifatkannya sebagai pandangan peribadi.

"Kami, Exco Wanita Umno dan Ketua Wanita Umno Negeri merakamkan kekesalan di atas kenyataan akhbar yang telah dikeluarkan oleh Kamilia yang mendesak Shahrizat untuk melepaskan jawatan Ketua Wanita Umno.

"Kami ingin menegaskan bahawa kami akan sentiasa memberikan sokongan padu yang tidak berbelah bagi kepada kepimpinan Shahrizat selaku Ketua Wanita Umno," katanya dalam satu kenyataan.

Beliau mendakwa, gesaan dibuat Kamilia merupakan agenda dan kenyataan peribadi yang langsung tidak memberi gambaran sebenar apa yang berlaku dalam Wanita Umno dalam isu tersebut sama ada di peringkat akar umbi.

"Malah sokongan kepada Shahrizat amat padu dan memberangsangkan seperti yang ditunjukkan ketika siri jelajah beliau ke negeri-negeri sebelum ini dan yang terakhir semasa Pelancaran Jelajah Sayang 1Malaysia di Stadium Perbadanan Pasir Gudang, Johor," katanya.

Pada Rabu, Datuk Kamilia Ibrahim dilaporkan berkata Shahrizat wajar meletakkan jawatan beliau sebagai Ketua Wanita Umno bagi mengekalkan “kredibiliti parti, sayap, Barisan Nasional (BN) dan kerajaan.

Beliau dipetik sebagai berkata perletakan jawatan Shahrizat sebagai menteri setelah tempoh senatornya tamat pada 8 April adalah tidak mencukupi, perlu juga sekali dengan kepimpinannya dalam Wanita Umno dan Wanita Barisan Nasional (BN), terutama menjelangnya pilihan raya umum akan datang.

Pada Khamis, Setiausah Agung Umno Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor berkata desakan supaya Shahrizat melepaskan jawatan sebagai Ketua Wanita Umno tidak perlu timbul.

Beliau turut menyifatkan kenyataan Kamilia itu sebagai bersifat peribadi.

iklan

Video

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Selasa, 14 November 2017 9:00 AM

“Penat..Tapi Best!” - Nad Zainal

Kolumnis

iklan

Iklan