Anggota PSC Diingat Tidak Dedah Maklumat

Diterbitkan: Jumaat, 23 Mac 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Anggota Jawatankuasa PIlihan Khas Parlimen (PSC) bagi penambahbaikan sistem pilihan raya diingatkan supaya tidak mendedahkan sebarang maklumat berkaitan sehingga laporan akhir jawatankuasa berkenaan dibentangkan di Dewan Rakyat.

Pengerusinya, Datuk Seri Maximus Ongkili berkata, PSC yang ditubuhkan dibawah kuasa Parlimen tertakluk kepada Peraturan Mesyuarat Dewan Rakyat.

Menurut Ahli Parlimen Kota Marudu itu, di bawah Peraturan Mesyuarat 85, keterangan yang diambil di hadapan sesebuah Jawatankuasa Pilihan dan apa-apa surat yang dikeluarkan kepadanya tidak boleh disiarkan oleh siapa jua, sebelum Jawatankuasa itu membawa penyata itu kepada Majlis.

"Semua dokumen yang dibincangkan adalah tertakluk kepada sidang Parlimen, kecuali selepas dibentangkan baru ia menjadi hak awam termasuk anda semua (media)," katanyakepada pemberita di lobi Parlimen di sini, Khamis.

Ongkili memberi contoh bahawa Ahli Parlimen Gombak, Mohamed Azmin Ali pernah digantung daripada menghadiri sidang Parlimen selama enam bulan pada 2010 kerana menyentuh tentang keterangan dan surat yang dikemukakan semasa Mesyuarat Jawatankuasa Hak dan Kebebasan.

Dalam pada itu beliau berkata, jawatankuasa itu akan bermesyuarat dua kali lagi sebelum membentangkan laporan akhir selewat-lewatnya 2 April ini.

"Kita mungkin ada dua lagi mesyuarat pada Selasa, tapi saya fikir kita sudahpun mengenalpasti isu-isu yang akan dimasukkan dalam laporan," katanya.

iklan

Video

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Kolumnis

iklan

Iklan