Tiada 'Double Standard' Dalam Penilaian Permohonan Sijil Halal - Jamil Khir

Diterbitkan: Khamis, 22 Mac 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Tiada unsur 'double standard' terlibat dalam menilai permohonan sijil halal daripada organisasi besar atau Industri Kecil Sederhana (IKS), kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom.

Beliau berkata kelulusan permohonan sijil halal yang dikeluarkan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) adalah mengikut proses penghasilan sesuatu produk. "Pemohon perlu sedar bahawa bagi meluluskan setiap permohonan ia perlu dinilai dari aspek penyediaan dan pemprosesan yang merangkumi penyediaan dan penghasilan bermula dari ladang sehinggalah ke meja makan.

"Kebiasaannya sesebuah permohonan untuk diluluskan paling lama 30 hari tetapi bagi permohonan seperti daripada IKS mungkin diluluskan lebih awal sebab faktor penyediaan produk tidak melibatkan terlalu banyak proses," katanya kepada pemberita selepas menutup Persidangan Auditor Pensijilan Halal Malaysia Peringkat Kebangsaan di sini Khamis. Terdahulu, beliau menerima 'Resolusi Persidangan Auditor Pensijilan Halal Malaysia' yang disampaikan oleh Ketua Pengarah Jakim Datuk Othman Mustapha. Menerusi resolusi tersebut, Jakim, Majlis Agama Islam Negeri (Main) dan Jabatan Agama Islam Negeri (Jain) akan menyeragamkan proses, penilaian, pengauditan dan pemantauan pensijilan halal Malaysia.

"Bagi IKS setiap permohonan hanya dikenakan bayaran RM200 dan jika produk yang dijual di gerai-gerai kecil turut mendapat pensijilan halal maka ia secara tidak langsung akan menjadi satu aspek tambah nilai," katanya. "Memang kita tidak memaksa premis-premis makanan untuk memohon atau memaparkan logo halal tetapi apa yang akan kita pantau dan ambil tindakan bermula Julai nanti adalah kepada premis yang menggunakan logo halal yang tidak dikeluarkan oleh Jakim, Main dan Jain," katanya.

Jamil Khir berkata melalui persidangan itu, pegawai pemeriksaan pematuhan pensijilan halal Malaysia akan bertindak sebagai agen halal yang bertauliah dalam memastikan apa yang terkandung dalam Akta Perihal Dagangan 2011 dipatuhi. - BERNAMA

iklan

Video

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Jumaat, 15 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Payslip - Semangat Yang Hilang

Khamis, 14 September 2017 4:00 PM

Farida Jalal Mahu Lebih Kolaborasi Malaysia-Bollywood

Khamis, 14 September 2017 9:00 AM

Faye Kusairi Menangis Tonton Diri Sendiri

Rabu, 13 September 2017 2:00 PM

Saya Tak Jual Rupalah! - Erwin Dawson

Rabu, 13 September 2017 9:00 AM

EKSKLUSIF! Kisah Elizabeth Tan Nak Bunuh Diri

Kolumnis

iklan

Iklan