Sultan Selangor Saran Tingkatkan Kemahiran Kraftangan Untuk Banduan

Diterbitkan: Khamis, 22 Mac 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah menyarankan Kraftangan Malaysia mempertingkatkan lagi kemahiran seni kraftangan untuk banduan di pusat tahanan dan penjara di seluruh Malaysia.

Baginda bertitah langkah itu mampu menjadikan mereka tenaga mahir dalam sesuatu kraf hasil latihan intensif yang berterusan sepanjang tempoh tahanan.

"Ia dapat memberi peluang kepada banduan, setelah bebas daripada tahanan, untuk menjadi mahir dalam bidang kraf dan dapat dimanfaatkan kepada masyarakat dan negara.

"Secara tidak langsung, penjara dan pusat tahanan dapat mempergiatkan latihan untuk penghuninya agar dapat menyumbang kepada negara," titah baginda semasa berucap merasmikan Hari Kraf Kebangsaan 2012 anjuran Kraftangan Malaysia, yang bermula semalam hingga 2 April depan, di Kompleks Kraf, Khamis.

Sultan Selangor bertitah antara seni kraftangan yang boleh diperluas ialah batik, tenunan, logam, rotan, seramik dan ukiran kayu.

Baginda turut memuji usaha Kementerian Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan menganjurkan Hari Kraf Kebangsaan dalam membantu usahawan kraf di negara ini memperkenal serta memasarkan produk mereka.

"Peluang ini haruslah diambil sebaik-baiknya oleh setiap usahawan kraf untuk membaiki taraf ekonomi mereka. Bagi pengguna, inilah masanya untuk membeli produk kraf tempatan, dan secara tidak langsung menyumbang kepada pembangunan industri kraftangan negara," titah baginda.

Sultan Sharafuddin juga berharap Kraftangan Malaysia dapat mengenal pasti pengusaha kecil-kecilan dan jenis kraf yang popular serta berpotensi dikomersialkan, terutama di pasaran luar negara.

Baginda bertitah usaha juga perlu dijalankan bagi menyediakan kemudahan kepada usahawan kraf untuk menghasilkan produk berkualiti dan memenuhi cita rasa pasaran menerusi penggunaan teknologi, selain mempertingkat rekaan yang bernilai tinggi serta boleh dikomersialkan.

Sehubungan itu, usahawan kraf diminta agar berdaya saing, berdaya tahan, bersifat dinamik, berpandangan luas, gigih serta cepat bertindak selain pantas menyesuaikan diri dengan persaingan dan perubahan teknologi.

Selain itu, Sultan Sharafuddin bertitah Kraftangan Malaysia bertanggungjawab membangunkan modal insan melalui kemahiran kraf dengan mewujudkan kursus secara formal di peringkat sijil dan diploma.

"Program latihan yang diwujudkan akan menyediakan tenaga mahir dan separuh mahir di kalangan anak muda kepada industri kraf, dan diharap ia akan dapat mengekalkan serta membangunkan warisan kraf di negara ini," titah baginda.

Sementara itu, Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan Datuk Seri Dr Rais Yatim berkata pihaknya akan berbincang dengan Jabatan Penjara bagi melaksanakan saranan Sultan Selangor.

"Cadangan baginda itu sangat konstruktif dan membina, dan kami akan berurusan dengan Jabatan Penjara bagi menentukan produk kraf yang boleh dihasilkan, sebelum memasarkan produk keluaran penjara itu mengikut standard atau piawaian yang diterima oleh masyarakat," katanya pada sidang akhbar selepas itu.

Beliau berkata Kraftangan Malaysia akan membantu meningkatkan kualiti latihan untuk banduan bagi membolehkan mereka menghasilkan produk yang lebih bermutu.

Rais juga berkata kementerian akan menjalin kerjasama dengan pusat beli belah untuk menyediakan sudut bagi mempamerkan produk kraf yang dihasilkan banduan. - BERNAMA

iklan

Video

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Jumaat, 15 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Payslip - Semangat Yang Hilang

Kolumnis

iklan

Iklan