Speaker Beri Amaran 'Hukum' YB Degil

Diterbitkan: Khamis, 22 Mac 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Akibat sering menimbulkan kekecohan hingga mengganggu sesi persidangan, Speaker Dewan Rakyat, Tan Sri Pandikar Amin Mulia memberi amaran untuk 'menghukum' mana-mana wakil rakyat sama ada di kalangan pembangkang mahupun kerajaan yang masih berdegil.

Menurut Pandikar Amin, beliau tidak akan teragak-agak menggunakan Peraturan Mesyuarat 7(3) bagi mengarahkan mana-mana wakil rakyat yang menimbulkan kekocohan bagi menggantikan tempatnya mengendalikan persidangan.

Jelas beliau berdasarkan peraturan mesyuarat itu, speaker berhak meminta mana-mana ahli untuk mempengerusikan mesyuarat sehingga tempoh tertentu sehingga Yang Dipertua Dewan Rakyat kembali ke dewan.

"Bermakna saya ada kuasa...saya akan gunakan kuasa ini ketika kekecohan dan panggil orang yang menimbulkan kekecohan itu untuk mempengerusi mesyuarat.

"Bukan speaker sahaja perlu jaga integriti Parlimen, semua kita kena jaga. Selama ini mungkin ada antara ahli Yang Berhormat (YB) yang mempungai habit atau budaya mengganggu persidangan...mungkin ahli YB nak merasa (pengalaman) mempengerusi dewan dalam keadaan begitu (kecoh)," katanya pada persidangan Dewan Rakyat di sini, Khamis.

Amaran itu dibuat apabila M. Kulasegaran (DAP-Ipoh Barat) cuba menimbulkan kekecohan ketika diberi peluang mengemukakan soalan tambahan ketiga pada sesi soal jawab lisan sidang Dewan Rakyat.

Malah amaran itu turut merujuk kepada beberapa insiden kekecohan sejak minggu lalu membabitkan pertikaman lidah antara wakil rakyat pembangkang dan kerajaan berhubung pelbagai isu hingga melanggar prosedur persidangan Dewan Rakyat.

"Kadang-kadang kalau kita lihat sahaja tidak berat, tapi bila beban itu terletak di bahu, baru rasa.

"Bila YB menghentam kawan-kawan memang seronok, tapi bila dibalas...melenting," katanya.

Selain itu Pandikar Amin turut menarik perhatian dewan agar semua wakil rakyat mengikut amalan sukan tinju.

"Terimalah macam boxing, kalau anda menumbuk, anda juga akan kena tumbuk. Kalau anda tumbuk bawah paras pinggang, orang juga akan tumbuk bawah paras pinggang. Kalau jatuh kena tumbuk, bangunlah cepat-cepat sebelum anda pengsan.

"Kalau menteri tak dapat jawab dengan baik, orang lain dapat menilai sama ada beliau buat kerja ataupun tidak.

"Tetapi kalau pihak pembangkang mengajukan pelbagai tuduhan dan kemudiannya dijawab dengan fakta... terimalah dengan senyuman," katanya.

Bagaimanapun Datuk Idris Haron (BN-Tangga Batu) bangkit memberi pandangan agar speaker perlu meneruskan tugasnya bagi menjaga integriti Parlimen.

"Kedudukan speaker adalah sebagai satu institusi dan bukannya peribadi. Jadi jangan serah (kedudukan speaker). Tan Sri sudah buat kerja dengan baik," katanya.

"Kalau pandangan YB semua begitu, bahagialah saya. Kalau semua faham kedudukan saya ini bukannya peribadi, maka hormatlah institusi ini.

"Tapi institusi ini selalu dihina, didera perasaannya serta tidak didengar saranannya. Nasib juga institusi ini tidak pandai merajuk," katanya.

iklan

Video

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 10:55 PM

Abam Bocey Malu Manja Dengan Isteri Depan Kamera

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Jumaat, 8 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Awi Rafael - Kau Di Hatiku

Khamis, 7 Disember 2017 8:00 PM

Nadzmi Adhwa Dikurung Selepas Kantoi Dadah

Rabu, 6 Disember 2017 2:00 PM

"Makin Ramai Nak Taja Saya" - Wany Hasrita

Kolumnis

iklan

Iklan