PNB Umum Dividen 6.5 Sen Bagi ASM

Diterbitkan: Khamis, 22 Mac 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Amanah Saham Nasional Bhd (ASNB), anak syarikat milik penuh Permodalan Nasional Bhd (PNB) pada Khamis mengumumkan dividen 6.5 sen seunit bagi Amanah Saham Malaysia (ASM) bagi tahun kewangan berakhir 31 Mac, 2012.

Pengagihan pendapatan ini adalah lebih tinggi daripada 6.38 sen seunit yang dibayar tahun lepas, kata Pengerusi PNB, Tun Ahmad Sarji Abdul Hamid, Khamis.

Beliau berkata pengagihan pendapatan ini akan melibatkan pembayaran berjumlah RM820.24 juta, meningkat sebanyak 8.6 peratus berbanding RM755.05 juta yang dibayar tahun lepas.

Pembayaran ini akan dinikmati oleh 546,341 pemegang unit yang kini memegang 12.62 bilion unit ASM, kata Ahmad Sarji.

"Hingga 21 Mac, ASM mencatatkan pendapatan kasar sebanyak RM978.32 juta. Pendapatan dividen daripada pelaburan dalam syarikat-syarikat menyumbang sebanyak RM774.77 juta atau 79.2 peratus pendapatan kasar," katanya kepada pemberita pada satu sidang akhbar di sini.

Sementara itu, keuntungan daripada penjualan saham dalam syarikat-syarikat menyumbang sebanyak RM53.59 juta atau 5.5 peratus, dan pendapatan selebihnya sebanyak RM149.96 juta atau 15.3 peratus diperoleh daripada pelaburan dalam instrumen jangka pendek, katanya.

Pengagihan pendapatan ini akan dilaburkan semula dalam unit-unit tambahan dan akan dikreditkan secara automatik dalam akaun pemegang unit pada 1 April, 2012.

Ahmad Sarji juga mengumumkan pengagihan pendapatan yang lebih tinggi bagi ketiga-tiga tabung di bawah Amanah Saham Gemilang (ASG), iaitu ASG-Pendidikan, ASG-Persaraan dan ASG-Kesihatan, bagi tahun kewangan berakhir 31 Mac, 2012.

Pemegang unit ASG-Pendidikan akan menerima tujuh sen seunit, ASG-Persaraan 7.05 sen seunit dan ASG-Kesihatan 7.10 sen seunit.

"Kadar yang diumumkan ini jauh lebih tinggi daripada tahun lepas, masing-masing pada kadar 5.6 sen seunit, 5.10 sen seunit dan 6.10 sen seunit," katanya.

Ahmad Sarji berkata ASNB telah memperuntuk pembayaran berjumlah RM3.6 juta bagi pengagihan pendapatan ASG-Pendidikan yang akan dinikmati oleh seramai 15,262 pemegang unit yang telah melanggan 52.07 juta unit tabung ini.

Bagi ASG-Persaraan, RM1.49 juta telah diperuntukkan, yang akan memberi manfaat kepada 2,909 pemegang unit yang melanggan 21.20 juta unit, manakala bagi ASG-Kesihatan, pembayaran pengagihan pendapatan berjumlah RM4.57 juta akan dinikmati oleh 9,675 pemegang unit yang melanggan 64.42 juta unit tabung ini.

Urus niaga bagi ASM dan ASG ditangguhkan mulai hari ini hingga 1 April. Mengulas tentang prestasi tabung-tabung ini, Presiden dan Ketua Eksekutif Kumpulan, Tan Sri Hamad Kama Piah Che Othman, berkata tabung-tabung itu berupaya membayar pengagihan pendapatan yang lebih tinggi.

"Bagaimanapun, kami mengambil keputusan untuk membayar pengagihan pendapatan (sebanyak) ini memandangkan persekitaran yang tidak baik sekarang," katanya.

Hamad Kama Piah berkata PNB berupaya membayar 14 sen (untuk ASG-Kesihatan), 10 sen (ASG-Pendidikan), 12.2 sen (ASG-Persaraan) dan lapan sen untuk ASM.

Katanya PNB akan terus memastikan strategi pemilihan stok dalam portfolio tabung-tabung itu akan terus memberi pulangan yang kompetitif setiap tahun dan mempunyai prospek jangka panjang yang baik. - BERNAMA

iklan

Video

Selasa, 26 September 2017 2:30 PM

“Tiada Yang Melampau Pun” – Dayana Roza

Selasa, 26 September 2017 10:30 AM

Bakat Namron Ditidakkan?

Selasa, 26 September 2017 7:16 AM

Inilah Fesyen Artis Sempena FFM29

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Kolumnis

iklan

Iklan