Malaysia-Indonesia Jalin Kerjasama Antara Pusat Latihan Pengaman

Diterbitkan: Khamis, 22 Mac 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

JAKARTA: Malaysia dan Indonesia akan menjalin kerjasama dalam bidang latihan dan kepakaran antara pusat latihan pengaman di kedua-dua negara dalam usaha meningkatkan peranan tentera di luar waktu peperangan.

Menteri Pertahanan Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata, kerjasama itu ialah antara Pusat Latihan Pengaman Malaysia di Port Dickson, Negeri Sembilan dan Pusat Keamanan dan Keselamatan Indonesia di Bogor, Jawa Barat.

"Kami berbincang soal bagaimana Kementerian Luar Negeri dan Kementerian Pertahanan boleh memainkan peranan penting dalam mewujudkan keamanan serantau.

"Oleh itu adalah penting bagaimana tentera boleh menjalankan tugas di luar waktu peperangan dan menjadikan satu era baru dalam bidang ketenteraan kerana tentera boleh berperanan dalam pelbagai bidang termasuk pada waktu aman sebegini," katanya ketika ditemui selepas pertemuan bilateral dengan Menteri Pertahanan Indonesia Purnomo Yusgiantoro.

Pertemuan itu berlangsung di luar acara Dialog Pertahanan Antarabangsa Jakarta (JIDD) di Pusat Konvensyen Jakarta (JCC), Rabu.

Ahmad Zahid berkata kerjasama itu penting untuk kesejahteraan sejagat.

Pada pertemuan itu, kedua-dua menteri pertahanan itu turut berbincang mengenai diplomasi ketenteraan antara negara-negara anggota Asean dan negara-negara lain di dunia.

Sementara itu Panglima Angkatan Tentera Malaysia (ATM) Jeneral Tan Sri Zulkifeli Mohd Zin berkata kerjasama antara dua buah pusat latihan pengaman itu akan dijalankan segera setelah tercapai persefahaman di kedua-dua belah pihak.

Ia antara lainnya akan melibatkan aspek latihan dan pertukaran pensyarah yang mempunyai kepakaran dalam bidang masing-masing.

Pada masa ini ATM dan Tentera Nasional Indonesia (TNI) sedang mengadakan perbincangan bagi melaksanakan kerjasama itu, katanya. - BERNAMA

iklan

Video

Khamis, 23 November 2017 7:36 PM

Alahai KTM! Bila Isu Tren Tergelincir Nak Selesai?

Khamis, 23 November 2017 4:00 PM

Tatang Bagai Puteri, Tapi Ini Jadinya - Harris Baba

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Kolumnis

iklan

Iklan