Malaysia Sedia Hantar Pasukan Pengaman Misi Kemanusiaan Ke Iraq

Diterbitkan: Khamis, 22 Mac 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

JAKARTA: Menteri Pertahanan Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata Malaysia bersedia menghantar pasukan pengaman yang khusus untuk tugas kemanusiaan dan kemasyarakatan di Iraq jika ada negara asing boleh membantu pembiayaan kosnya.

Beliau berkata pasukan itu akan terlibat dalam bantuan keperluan asas yang diperlukan rakyat Iraq seperti pendidikan dan perubatan dan ia bukan berupa pasukan pengaman konvensional di bawah resolusi Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB).

"Ada permintaan untuk Malaysia menghantar pasukan ke Iraq tetapi oleh kerana kos pembiayaan yang pernah dijanjikan oleh sebuah negara masih belum dipenuhi menyebabkan kita tidak boleh hantar pasukan pengaman ke negara itu," katanya ketika ditemui di sini, Khamis.

Beliau berada di sini kerana menyertai Dialog Pertahanan Antarabangsa Jakarta (JIDD 2012) di Pusat Konvensyen Jakarta (JCC).

Ahmad Zahid berkata pembiayaan pasukan pengaman dalam misi kemanusiaan ke sesebuah negara menelan kos AS$30 juta setahun.

Angkatan Tentera Malaysia, kata Ahmad Zahid mampu menghantar dua batalion ke negara asing dalam misi pengaman dan kemanusiaan sejagat tanpa mengganggu keperluan dalam negara.

"Ia tidak akan memberi sebarang masalah bila kita menghantar pasukan pengaman ke luar negara kerana kita memiliki tingkat optimum kesiapsagaan," katanya.

Reputasi Malaysia dan ATM dalam kerja-kerja keamanan dan kemanusiaan sangat dihormati di peringkat dunia dan sejak penghantaran pasukan pengaman pertamanya ke Congo pada tahun 1960 hingga sekarang, sejumlah 25,000 anggota ATM telah di hantar ke 25 negara.

Pasukan pengaman Malaysia di Lebanon umpamanya, merupakan pasukan pengaman terbaik kerana walaupun ia sebuah pasukan konvensional, turut menjalankan tugas-tugas kemasyarakatan seperti membina sekolah dan hospital, katanya. - BERNAMA

iklan

Video

Khamis, 17 Ogos 2017 12:30 PM

Erma Reda, Jatuh Talak Satu

Khamis, 17 Ogos 2017 9:00 AM

Wak Doyok Kini Bintang Filem

Rabu, 16 Ogos 2017 3:59 PM

Bahaya Tu Abang Oii...

Rabu, 16 Ogos 2017 12:30 PM

“Senyum Je Pada Haters” - Farisha Irish

Selasa, 15 Ogos 2017 3:28 PM

Raysha Rizrose Pemalu, Bukan Sombong!

Selasa, 15 Ogos 2017 11:59 AM

Keluarga 'Control' Hidup Neera Azizi?

Selasa, 15 Ogos 2017 9:00 AM

Abang Long Fadil 2 Telan Belanja RM 3.2 Juta

Isnin, 14 Ogos 2017 12:30 PM

“Mira Filzah Lemah Lembut” - Zizan Razak

Kolumnis

iklan

Iklan