Lynas Dilarang Beroperasi Jika Ada Bukti Ia Jejaskan Kesihatan - Najib

Diterbitkan: Khamis, 22 Mac 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Kerajaan pasti tidak akan membenarkan projek Lynas beroperasi jika bukti saintifik menunjukkan ianya memudaratkan kesihatan dan mencemar alam sekitar, kata Datuk Seri Najib Tun Razak.

Perdana Menteri berkata, kerajaan tidak akan bertolak ansur berhubung isu berkenaan kerana kerajaan amat mengutamakan kesihatan dan keselamatan orang ramai.

"Bagi mereka yang menentang Lynas, kita perlu berdialog. Kita ingin tahu apakah alasan saintifik dan teknikal bagi membantah operasi Lynas.

"Perlu ada bukti kukuh bahawa kesihatan dan keselamatan penduduk sekitar khususnya akan terjejas. Dan jika ada bukti serius, kita pasti tidak akan benarkan Lynas beroperasi," katanya dalam temubual dengan stesen radio 988 FM pada Khamis.

Beliau ditemubual oleh DJ Sam Mak dan Tan Yi Hui dalam program 988 Street VIP selama satu jam.

Najib berkata, dialog seperti itu tidak boleh berdasarkan emosi atau hujah politik kerana ada kemungkinan isu Lynas ini digunakan untuk tujuan politik.

"Apa yang bermula hanya sebagai satu isu alam sekitar telah menjadi isu politik. Ini amat mengecewakan.

"Kita perlu adakan dialog ini dan melibatkan orang ramai sebelum kerajaan membuat keputusan muktamad. Tapi saya boleh memberi jaminan kepada rakyat bahawa keselamatan mereka tidak sekali-kali akan dipertaruhkan," katanya.

Perdana Menteri berkata, pembentukan Jawatankuasa Plihan Khas Parlimen mengenai Lynas bertujuan melihat langkah-langkah yang kerajaan boleh ambil bagi menangani sebarang kebimbangan rakyat.

Ketika ditanya sama ada perakuan-perakuan jawatankuasa itu akan dilaksanakan, beliau berkata : "Kita mahukan bukti saintifik, dan jawatankuasa ini adalah satu daripada kaedahnya. Adalah diharapkan satu penilaian objektif mengenai projek ini dapat dibuat. "Yang pasti ialah terdapat satu tanggungjawab moral yang kuat, namun kita tidak terikat dengannya daripada segi undang-undang, tetapi akan dijadikan asas kukuh untuk kita membaut keputusan," katanya.

iklan

Video

Jumaat, 18 Ogos 2017 8:00 AM

#akuStar: Slash - Melodi Kasih

Khamis, 17 Ogos 2017 3:02 PM

Seksi? Urusan Saya Dengan Tuhan - Zizi Kirana

Khamis, 17 Ogos 2017 12:30 PM

Erma Reda, Jatuh Talak Satu

Khamis, 17 Ogos 2017 9:00 AM

Wak Doyok Kini Bintang Filem

Rabu, 16 Ogos 2017 3:59 PM

Bahaya Tu Abang Oii...

Rabu, 16 Ogos 2017 12:30 PM

“Senyum Je Pada Haters” - Farisha Irish

Selasa, 15 Ogos 2017 3:28 PM

Raysha Rizrose Pemalu, Bukan Sombong!

Selasa, 15 Ogos 2017 11:59 AM

Keluarga 'Control' Hidup Neera Azizi?

Kolumnis

iklan

Iklan