Kerajaan Komited Tunai Janji Kepada Masyarakat India - Najib

Diterbitkan: Khamis, 22 Mac 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Kerajaan komited untuk menunaikan semua janjinya kepada masyarakat India dan tentunya sudah berbuat demikian dalam tiga tahun lepas, kata Datuk Seri Najib Tun Razak.

Perdana Menteri berkata hasilnya jelas dan impaknya positif dengan masalah yang wujud lama sudah dapat diatasi sementara isu-isu baru diselesaikan.

"Dalam menghadapi masa depan dan dalam merayakan permulaan baru yang ditawarkan tahun baru, mari kita bina perkongsian berasaskan kepercayaan, supaya bersama kita mengangkat masyarakat.

"Saya tidak boleh lakukan ini bersendirian jadi saya perlukan tiap seorang daripada anda berganding bahu dengan saya dalam perjalanan membawa transformasi dan cahaya harapan kepada semua rakyat Malaysia," kata beliau.

Najib menegaskan demikian dalam entri terbarunya bertajuk "Ugadi 2012" dalam blognya www.1Malaysia.com bersempena sambutan Tahun Baru atau "Ugadi" bagi komuniti Telugu Malaysia pada Jumaat.

Dalam menjayakan konsep 1Malaysia, kata Najib, masyarakat Telugu memainkan peranan penting dengan berusaha bersama kerajaan untuk menangani isu-isu yang dihadapi oleh rakyat dan kerajaan sentiasa bergabung secara langsung dengan rakyat serta melaksanakan pelbagai program untuk transformasi negara.

"Dalam semua usaha kita, kita komited sepenuhnya terhadap prinsip bahawa di bawah langit Malaysia, tidak ada masyarakat yang akan ketinggalan," kata beliau.

Beliau berkata di Malaysia, "Ugadi" merupakan perayaan utama masyarakat Telugu dan merupakan masa bagi semua keluarga berkumpul bagi menyambut sebuah permulaan baru.

"Ketika masyarakat Telugu Malaysia merayakan Tahun Baru mereka atau "Ugadi", kita semua diingatkan kembali tentang kekayaan warisan negara kita.

"Saya mengambil peluang ini untuk mengucapkan 'Ugadi Shubhakanshalu' kepada semua anggota masyarakat Telugu Malaysia," kata beliau. - BERNAMA

iklan

Video

Selasa, 26 September 2017 2:30 PM

“Tiada Yang Melampau Pun” – Dayana Roza

Selasa, 26 September 2017 10:30 AM

Bakat Namron Ditidakkan?

Selasa, 26 September 2017 7:16 AM

Inilah Fesyen Artis Sempena FFM29

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Kolumnis

iklan

Iklan