Batal Satu Amah Satu Tugas: Majikan Lega - Mama

Diterbitkan: Khamis, 22 Mac 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Persatuan Majikan Amah Malaysia (Mama) menyambut baik keputusan kerajaan Indonesia membatalkan tuntutan syarat pembantu rumah dari negara itu yang hanya melakukan satu tugas khusus.

Presiden Mama, Engku Ahmad Fauzi Engku Muhsein berkata, berita gembira itu memberi kelegaan kepada para majikan di negara ini yang benar-benar mahu menggaji pembantu rumah dari Indonesia.

“Kita (majikan) sememangnya menentang sekeras-kerasnya mengenai pembantu rumah Indonesia yang akan dihantar hanya melakukan satu tugas khus kerana ia hanya membebankan majikan.

"Kita tidak nafikan pembantu rumah Indonesia merupakan salah satu keperluan.

“Selepas ini, diharapkan majikan tidak perlu bimbang dan keliru lagi. Keputusan untuk menetapkan amah hanya melakukan satu tugas sudah ditarik balik,” katanya ketika dihubungi mStar Online, Khamis.

Menteri Sumber Manusia, Datuk Seri S. Subramaniam pada Rabu mengesahkan bahawa kerajaan Indonesia telah membatalkan tuntutan syarat pembantu rumah dari negara itu hanya melakukan satu tugas khusus serta tuntutan upah tambahan jika bekerja pada hari cuti mingguan.

Mereka tidak lagi hanya melakukan satu tugas khusus dalam empat bidang iaitu mengemas rumah, memasak, mengasuh bayi dan menjaga orang tua seperti yang dituntut oleh republik tersebut sebelum ini.

Subramaniam berkata, mengenai gaji pula, memorandum persefahaman (MoU) yang dipersetujui antara kedua-dua negara berhubung pengambilan amah dari Indonesia pada Mei 2011 tidak menetapkan gaji minimum sebaliknya terpulang kepada budi bicara majikan.

Bagaimanapun, Engku Ahmad Fauzi berkata, pihaknya berharap pembantu rumah Indonesia akan lebih berkualiti berbanding mereka yang sedia ada di negara ini.

“Memandangkan mereka sudah dilatih, majikan pastinya mahu mereka memberi khidmat yang bertepatan dengan latihan.

“Soal gaji boleh dipertimbangkan sekiranya mereka berkualiti. Ini termasuk bayaran yang dikenakan ke atas mereka apabila melakukan kerja lebih masa,” katanya.

Beliau menambah, Mama dengan kerjasama Pertubuhan Kebangsaan Agensi Pekerjaan Malaysia (Pikap) dan Persatuan Agensi Pembantu Rumah (Papa) bagi memantau dan memastikan pembantu rumah Indonesia yang diambil majikan Malaysia benar-benar berkualiti.

“Ini sebagai jaminan untuk semua pihak termasuk majikan dan pembantu rumah. Kita mahu semuanya diuruskan dengan baik, tanpa menimbulkan sebarang masalah kemudian,” kata Engku Ahmad Fauzi yang menasihatkan agar para majikan boleh berhubung dengan Mama sekiranya mereka masih keliru mengenai isu berkaitan dengan satu amah, satu tugas.

iklan

Video

Isnin, 18 Disember 2017 2:45 PM

Kecoh Naim Daniel 'Berduet' Dengan Hantu

Ahad, 17 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: InTeam - Kasih Kekasih

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Kolumnis

iklan

Iklan