Ban Ki-moon Sambut Baik Penubuhan PSC Berhubung Pilihan Raya

Diterbitkan: Khamis, 22 Mac 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa Bersatu (PBB) Ban Ki-moon menyambut baik dan menyifatkan penubuhan Jawatankuasa Pilihan Khas Berhubung Penambahbaikan Proses Pilihan Raya di negara ini sebagai suatu langkah bersejarah.

"Saya amat berharap proses pembaharuan proses pilihan raya ini akan membawa kepada terbentuknya satu sistem yang benar-benar telus dan berwibawa serta memuaskan hati seluruh rakyat Malaysia," katanya ketika menyampaikan ucapan khas di Institut Diplomasi dan Hal Ehwal Luar Negeri di sini, Khamis.

Dalam ucapan bertajuk 'Malaysia dan Bangsa Bersatu Dalam Perubahan Dunia', beliau berkata PBB sentiasa bersedia membantu kerajaan dan rakyat Malaysia dalam usaha ini.

Ban, yang sedang melakukan lawatan rasmi dua hari ke Malaysia, juga menyambut baik pemansuhan Akta Keselamatan dalam Negeri 1960.

"Saya harap kerajaan akan memastikan undang-undang penggantinya mematuhi sepenuhnya standard hak asasi manusia antarabangsa," katanya sambil menggalakkan Malaysia menandatangani semua konvensyen utama hak asasi manusia.

Majlis itu turut dihadiri Raja Muda Perak Raja Dr Nazrin Shah dan Menteri Luar Datuk Seri Anifah Aman.

Ban memuji Malaysia kerana banyak berusaha untuk meredakan ketegangan yang berlaku antara negara majoriti umat Islam dengan Barat melalui Yayasan Pergerakan Kesederhanaan Gobal.

Beliau menggesa pergerakan itu supaya bekerjasama dengan Gabungan Tamadun PBB kerana dua organisasi ini berkongsi objektif serupa.

"Kita boleh menjadi rakan yang baik dalam mencegah sikap melampau dan memupuk sikap bertolak ansur," katanya.

Ban, warga Korea Selatan, juga mengucapkan terima kasih kepada Malaysia kerana sokongan padu negara ini terhadap prinsip teras PBB serta sumbangannya kepada badan dunia itu, termasuk penyertaan Malaysia dalam 25 misi pengaman PBB di lebih 20 negara.

Beliau memuji kerajaan Malaysia kerana mempamerkan sikap muhibah terhadap orang pelarian dari rantau ini dan wilayah lain selama ini.

Ban menyarankan agar Malaysia berkongsi pengalamannya dalam usaha mengurangkan kadar kemiskinan dalam kalangan negara membangun, termasuk yang menganggotai Kerjasama Selatan-Selatan.

Ban, yang memasuki penggal kedua menyandang jawatan Setiausaha Agung PBB, berkata Malaysia patut memainkan peranan sebagai pemimpin, terutama dalam pelaksanaan Agenda Tindakan PBB, yang memberi fokus terhadap pembangunan lestari, pencegahan, pembinaan dunia yang lebih selamat melalui usaha inovasi dan pelaksanaan tanggungjawab teras PBB, membantu negara yang berada dalam tempoh peralihan dan bekerjasama dengan, dan untuk wanita serta golongan muda.

Ini merupakan kunjungan sulung Ban ke Malaysia sejak menyandang jawatan itu pada 1 Jan 2007.

Rombongan beliau yang dianggotai pegawai dan petugas PBB, tiba pada Rabu. - BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan