Anwar Terima Tawaran Wikileaks Debat Dengan Najib, Raja Petra

Diterbitkan: Khamis, 22 Mac 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Datuk Seri Anwar Ibrahim pada Khamis menyatakan kesediaan untuk bersemuka dengan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak dan pengendali portal Malaysia Today, Raja Petra Kamaruddin menerusi debat terbuka yang disiarkan diperingkat antarabangsa.

Ketua Pembangkang itu berkata, beliau sedia menerima cadangan Pengasas Wikileaks, Julian Assange untuk menemukan beliau bersama Najib dan Raja Petra sama ada secara langsung atau menerusi sidang video di tempat berasingan.

Menurut Anwar, beliau menerima tawaran daripada Assange untuk dipertemukan dalam debat berkenaan pada Rabu malam.

"Julian Assange hubungi supaya saya, Datuk Seri Najib, Raja Petra dipertemukan dalam debat...beliau sanggup anjur debat dengan Assange sendiri jadi penganjur.

"Ia bukan sahaja untuk nasional, tapi antarabangsa," katanya pada sidang media di lobi Parlimen di sini, Khamis.

Ditanya mengenai format debat yang dicadangkan, Anwar berkata: "Assange akan beradan di London, kami tak perlu berada di London...hanya sidang video.

"Saya tak berkira sangat soal format, satu tempat boleh...tiga tempat pun boleh," katanya.

Sebelum ini Anwar pernah menolak untuk menyertai wawancara yang dianjurkan Wikileaks setelah Raja Petra mahu menyertai wawancara yang sama.

Kemudiannya pihak produksi wawancara itu membuat keputusan untuk meneruskan sesi berkenaan dengan mengekalkan Anwar dan Assange tanpa melibatkan pihak lain.

Baru-baru ini media melaporkan berhubung dakwaan Raja Petra bahawa penggugurannya daripada senarai ahli panel forum anjuran WikiLeaks di Kent, England dibuat atas permintaan Anwar.

Raja Petra turut menganggap Anwar sebagai pengecut kerana enggan bersemuka dengannya dan mendakwa Anwar mungkin mengambil tindakan itu sebab bimbang perbincangan pada forum berkenaan akan membangkitkan isu politik semasa di negara ini.

iklan

Video

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 3:37 PM

Siapa Haida Hafiz?

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Selasa, 17 Oktober 2017 9:00 AM

Ferhad Nak Berdangdut!

Kolumnis

iklan

Iklan