1MBAS Perkukuh Strategi Biomass Negara, Tarik Lebih Banyak Pelaburan

Diterbitkan: Khamis, 22 Mac 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata inisiatif Strategi Alternatif Biomass 1Malaysia (1MBAS) yang dilancarkan pada Khamis, akan memperkukuh pelaksanaan Strategi Biomass Negara dan meluaskan strategi itu kepada lain-lain sumber Biomass Malaysia.

Najib berkata inisiatif itu juga bermatlamat menggalakkan lebih banyak sayrikat tempatan dan asing melabur dan menjalin usaha sama, bagi meningkatkan pembangunan industri biomass dalam negara.

1MBAS akan memberi tumpuan terhadap memacu sumber-sumber baharu penjanaan pendapatan, memacu keterangkuman menerusi pewujudkan pekerjaan di semua peringkat serta meningkatkan pembangunan industri baharu menerusi penggunaan biomass, kata Perdana Menteri.

"Ini akan mewujudkan sumber baharu pekerjaan berkemahiran tinggi serta industri bernilai tambah tinggi untuk rakyat Malaysia.

"Dalam proses ini, ia akan mewujudkan satu pasukan pekerja Malaysia yang berkemahiran dan berteknologi tinggi dalam industri biomass. Ini akan menyediakan manfaat pengganda kepada ekonomi Malaysia," katanya pada pelancaran 1MBAS di bangunan Parlimen di sini, Khamis.

Najib berkata bagi menyelaras pelaksanaan inisiatif 1MBAS, Agensi Inovasi Malaysia akan menyelaras semua aktiviti kerajaan yang berkaitan penggunaan Biomass merentas pelbagai sektor.

Beliau berkata tapak permulaan untuk 1MBAS ialah menyelaras dan memantau aktiviti berkaitan pelancaran Strategi Biomass Negara baru-baru ini, yang melihat bagaimana Malaysia dapat memaksimumkan potensi industri biomass minyak sawit.

Strategi Biomass Negara yang dilancarkan pada November tahun lepas menyediakan ruang untuk mewujudkan hampir 70,000 pekerjaan baharu untuk rakyat Malaysia, dengan 40,000 merupakan pekerjaan berkemahiran tinggi.

Menurut Najib, industri minyak sawit di Malaysia merupakan penyumbang keempat terbesar kepada Pendapatan Negara Kasar (PNK), sebanyak kira-kira lapan peratus atau hampir RM50 bilion PNK.

Sektor ini menjana jumlah biomass terbesar, kira-kira 80 juta tan kering pada 2010 dan dijangkakan meningkat kepada anggaran 100 juta tan menjelang 2020, kata Najib.

Selain itu, Perdana Menteri berkata penggunaan secara optimum biomass minyak sawit berpotensi menawarkan sehingga RM30 bilion pendapatan tahunan baharu untuk Malaysia dan semua rakyat Malaysia menjelang 2020.

"Tindakan segera perlu dilakukan bagi memastikan Malaysia tidak ketinggalan dalam peluang ini," katanya.

Najib berkata 1MBAS akan melaporkan kemajuan dan aktiviti berkaitan Bimomass Minyak Sait kepada Jawatankuasa Pemandu NKEA Minyak Sawit dan Getah yang dipengerusikan oleh Menteri Industri Perladangan dan Komoditi Datuk Peter Chin Fah Kui dan PEMANDU.

Acara hari ini juga menyaksikan majlis menandatangani memorandum persefahaman antara syarikat perladangan tempatan, universiti tempatan dan antarabangsa selain syarikat hiliran bagi menunjukkan komitmen mereka dalam usaha sama membangunkan teknologi untuk menukar Biomass Minyak Sawit kepada kimia bernilai tinggi dalam sebuah konsortium iaitu Pusat Biomass Minyak Sawit (OPBC).

Pusat itu ialah usaha sama awam-swasta Malaysia yang bertujuan meningkatkan pembangunan teknologi untuk pengunaan biomass minyak sawit. - BERNAMA

iklan

Video

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Jumaat, 15 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Payslip - Semangat Yang Hilang

Khamis, 14 September 2017 4:00 PM

Farida Jalal Mahu Lebih Kolaborasi Malaysia-Bollywood

Khamis, 14 September 2017 9:00 AM

Faye Kusairi Menangis Tonton Diri Sendiri

Kolumnis

iklan

Iklan