Tiada Paksaan Kepada Pemilik Premis Restoran Pohon Sijil Halal Malaysia

Diterbitkan: Rabu, 21 Mac 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Tiada paksaan kepada pemilik premis makanan dalam aspek memohon pensijilan Halal dan mempamerkan Logo Halal Malaysia, kata Pengarah Bahagian Hab Halal Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) Hakimah Mohd Yusoff.

Beliau berkata namun begitu premis yang mempunyai logo dan pensijilan halal itu akan mendapat faedah tersendiri apabila pengguna berasa yakin terhadap status halal dan keselamatan makanan dan perkhidmatan yang disediakan.

Katanya bagi premis yang mempamerkan Logo Halal Malaysia perlu dibuktikan dengan persijilan halal yang dikeluarkan oleh Jakim atau Majlis Agama dan jabatan Agama Islam negeri-negeri.

Beliau berkata ini selaras dengan peruntukan dalam Akta Perihal Dagangan 2011 melalui perenggan 4(1) dan (2) Perintah Perihal (Perakuan dan Penandaan Halal) 2011 yang berkuatkuasa 1 Jan lepas.

"Mempamerkan logo halal dan penandaan halal yang tidak dapat dibuktikan dengan pensijilan Halal Malaysia dikeluarkan Jakim serta pihak berkuasa agama negeri-negeri adalah satu kesalahan kerana perbuatan itu memperdaya dan mengelirukan pengguna.

"Oleh itu isu membenarkan premis makanan mempamerkan logo halal tanpa pensijilan itu tidak berbangkit," katanya dalam satu kenyataan pada Rabu.

Sehubungan itu beliau menasihati peniaga yang tidak mempunyai pensijilan halal agar tidak mempamerkan logo halal di premis mereka.

Beliau berkata Jakim dan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan bersetuju supaya pemantauan dan penguatkuasaan persijilan tersebut kepada premis makanan dilaksanakan secara berperingkat.

"Buat masa ini Jakim dalam proses memberikan pendidikan dan nasihat kepada pengguna dan pemilik premis. Pemantauan dan penguatkuasaan secara berperingkat memberi peluang dan masa secukupnya kepada semua pengusaha premis makanan melaksana perubahan dan mendapatkan pensijilan Halal Malaysia," katanya. - BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan