SKMM Terima 716 Aduan Berkaitan Laman Sosial

Diterbitkan: Rabu, 21 Mac 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) menerima sebanyak 716 aduan berkaitan gejala negatif dan salah laku yang dilakukan menerusi laman rangkaian sosial pada tahun 2011.

Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Dr Rais Yatim berkata, daripada jumlah itu sebanyak 289 kes berkaitan kandungan jelik atau mengancam, kandungan palsu (247), kandungan lucah dan sumbang (40), penggodaman (124) manakala lain-lain kes sebanyak 16 aduan.

Selain itu pihak SKMM juga menerima sebanyak 1,112 aduan berkaitan laman web, blog dan emel menjadikan jumlah keseluruhan aduan yang diterima suruhanjaya itu berkaitan media baru sebanyak 1,828 aduan.

Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan Datuk Noraini Ahmad (BN-Parit Sulong) pada persidangan Dewan Rakyat di sini, Rabu.

Dalam pada itu Rais berkata, SKMM juga menerima sebanyak 693 aduan berkaitan phishing (percubaan mengambil data dari kumpulan data pihak lain).

Jelas beliau, sehingga kini tidak kurang 15 kes telah diambil tindakan di mahkamah.

"Selain daripada pendakwaan di mahkamah, SKMM juga akan mengambil tindakan menyekat akses kepada laman-laman web serta melakukan kempen-kempen kesedaran dari masa ke masa bagi mendidik dan meningkatkan kesedaran orang ramai tentang isu sosial dan teknologi yang dihadapi oleh pengguna internet," katanya.

"Ibu bapa dan masyarakat juga perlu memainkan peranan dalam bentuk kekangan sosial yang diperlukan," katanya.

iklan

Video

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Kolumnis

iklan

Iklan