Proses Ketat Pensijilan Halal Untuk Pastikan Integriti

Diterbitkan: Rabu, 21 Mac 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Proses pensijilan halal mengambil masa enam bulan hingga setahun kerana banyak langkah dan ujian yang perlu dilakukan, kata Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI), Datuk Seri Mustapa Mohamed.

"Untuk memastikan produk itu halal, kerajaan perlu teliti dan tepat dalam menganalisis perincian. Faktor-faktor lain ialah kekangan masa, kewangan dan kekurangan tenaga manusia," katanya pada satu sidang akhbar selepas menyampaikan ucapan pada upacara penutup Sesi Taklimat mengenai Sistem Halal Malaysia, Rabu.

Mustapa berkata terdapat permintaan yang dibuat oleh peniaga asing untuk mempermudah proses dan mengurangkan tempoh dengan mengetepikan beberapa ujian.

"Kerajaan perlu menjelaskan kepada mereka bahawa proses itu mestilah mematuhi kehendak syariah untuk memastikan integritinya.

"Jika pengguna hilang keyakinan terhadap status halal itu, jualan dan perniagaan akan terjejas. Justeru itu, penting dipastikan bahawa standard halal yang dimiliki itu mempunyai jaminan integriti paling tinggi," katanya.

Mustapa juga berkata Sesi Taklimat mengenai Sistem Halal Malaysia itu diadakan buat kali pertama untuk membincangkan isu-isu halal dan ia melibatkan penyertaan 24 wakil asing yang mewakili komuniti perniagaan masing-masing.

"Objektif program ini ialah untuk memberikan pendedahan kepada wakil-wakil ini tentang proses pensijilan halal, kerana kita ada menerima pertanyaan tentang proses itu oleh duta-duta asing semasa perjanjian praperdagangan dan perbincangan dua hala," katanya.

Mengenai perniagaan halal, Mustapa berkata ini baik bagi pengeksport kerana mereka yang mempunyai pensijilan halal akan ada kelebihan daya saing berbanding syarikat-syarikat lain.

"Pasaran halal global dianggarkan bernilai US$2.3 trilion setahun, dan sektor makanan halal dianggarkan bernilai US$693 bilion setahun," katanya.

Setakat ini, 57 badan pensijilan halal telah diiktiraf di 33 negara di seluruh dunia.

Sesi taklimat setengah hari itu dianjurkan oleh MITI dengan kerjasama Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM), Jabatan Perkhidmatan Haiwan Malaysia dan Standards Malaysia. - BERNAMA

iklan

Video

Selasa, 26 September 2017 7:16 AM

Inilah Fesyen Artis Sempena FFM29

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Kolumnis

iklan

Iklan