Pembangkang Tidak Wajar Lagi Diberi Peluang - Shafie

Diterbitkan: Rabu, 21 Mac 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

SHAH ALAM: Pembangkang tidak wajar diberikan lagi peluang untuk memerintah setelah gagal melaksanakan tugas yang diamanahkan kepada mereka di Kedah, Pulau Pinang, Kelantan dan Selangor.

Naib Presiden Umno Datuk Seri Mohd Shafie Apdal berkata selain gagal menunaikan janji untuk rakyat, pemimpin pembangkang lebih ghairah untuk berebut jawatan sesama mereka.

"Sekarang kalau ceramah mereka minta diberikan peluang untuk memerintah, peluang sudah diberikan tetapi apa yang mereka buat, berebut jawatan sampai mahu lantik exco pun bergaduh," katanya kepada pemberita selepas majlis penyerahan bayaran khas kepada bekas anggota Kemas Selangor dan Wilayah Persekutuan di sini, Rabu.

Beliau berkata rakyat telah melihat sendiri bagaimana pakatan pembangkang gagal mentadbir negeri-negeri yang diperintah sehingga menimbulkan pertelingkahan sesama mereka.

Shafie, yang juga Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, berkata pembangkang lebih senang mencari salah kerajaan Persekutuan dengan membuat pelbagai tuduhan tidak berasas.

"Bila kita bagi bantuan (mereka kata) semua haram. (Mereka) janji macam-macam, satu pun tak tunai.

"Barisan Nasional tidak pernah memilih kaum, bangsa atau agama malahan fahaman politik sekiranya mahu berikan bantuan, semua rakyat Malaysia berhak mendapat bantuan," katanya. - BERNAMA

iklan

Video

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Jumaat, 15 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Payslip - Semangat Yang Hilang

Khamis, 14 September 2017 4:00 PM

Farida Jalal Mahu Lebih Kolaborasi Malaysia-Bollywood

Khamis, 14 September 2017 9:00 AM

Faye Kusairi Menangis Tonton Diri Sendiri

Rabu, 13 September 2017 2:00 PM

Saya Tak Jual Rupalah! - Erwin Dawson

Rabu, 13 September 2017 9:00 AM

EKSKLUSIF! Kisah Elizabeth Tan Nak Bunuh Diri

Kolumnis

iklan

Iklan