Lebih 270,000 Pencarum Perkeso Terima Kenaikan Pencen

Diterbitkan: Rabu, 21 Mac 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Seramai 270,595 orang penerima pencen Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) akan menikmati kadar kenaikan bayaran faedah pencen, antara 1.3 hingga 3.7 peratus mengikut tempoh pencen.

Menteri Sumber Manusia Datuk Seri Dr S. Subramaniam ketika mengumumkannya, berkata pembayaran pencen baru itu berkuatkuasa 1 Jan tahun lepas melibatkan kedua-dua skim iaitu Insurans Bencana Pekerjaan dan Skim Pencen Ilat.

"Perkeso akan membayar pelarasan tunggakan pencen bagi tempoh Januari 2011 hingga Mac 2012 dan implikasi kewangan ekoran kenaikan kadar pencen itu dianggarkan berjumlah RM35.2 juta," katanya kepada pemberita dalam majlis pengumuman kenaikan kadar pencen Perkeso di sini, Rabu.

Beliau berkata penerima pencen sebelum tahun 2008 akan mendapat kenaikan 3.3 peratus, penerima pencen tahun 2008 mendapat kenaikan 3.7 peratus, penerima pencen tahun 2009 kenaikan 3 peratus manakala penerima pencen tahun 2010 menerima 1.3 peratus kenaikan.

Sementara itu, beliau berkata Perkeso turut menaikkan kadar pencen minima di bawah Skim Pencen Ilat daripada RM250 kepada RM475 sebulan berkuatkuasa 1 Jan lepas.

Katanya seramai 56,399 orang akan menerima manfaat kenaikan kadar pencen minima itu dan implikasi kewangan akibat pelarasan serta tunggakan yang terlibat berjumlah RM46.58 juta.

"Bayaran pencen pada kadar baru serta tunggakan pelarasan pencen akan dibayar mulai April depan," katanya.

Beliau berkata kenaikan kadar baru pencen dan pencen minima itu hasil daripada satu kajian aktuari yang dijalankan bersama Pertubuhan Buruh Antarabangsa (ILO) dan Perkeso pada akhir tahun 2011.

Beliau yakin menerusi penyelarasan kadar pencen baru oleh Perkeso, ia dapat membantu meringankan bebanan penerima pencen Perkeso.

"Dari semasa ke semasa, kajian berterusan akan dilaksanakan bagi memastikan penyesuaian kadar bayaran pencen dilaksanakan agar penerima faedah tersebut berada pada tahap ekonomi semasa serta dapat menampung kos sara hidup yang meningkat," katanya. - BERNAMA

iklan

Video

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Kolumnis

iklan

Iklan