Kerajaan Lulus Garis Panduan Permudah Penubuhan Taska/Tadika

Diterbitkan: Rabu, 21 Mac 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Kerajaan melalui mesyuarat Majlis Negara Kerajaan Tempatan (MNKT) ke-65 pada Rabu, meluluskan Garis Panduan Penubuhan Taman Asuhan Kanak-Kanak (Taska) dan Taman Didikan Kanak-Kanak (Tadika) sebagai piawaian untuk memudahkan penubuhan kedua-dua institusi tersebut.

Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan Datuk Chor Chee Heung berkata penyediaan garis panduan komprehensif itu penting bagi menyelesaikan beberapa isu berkaitan penubuhan taska dan tadika.

"Antaranya seperti isu kewujudan taska dan tadika yang tidak berdaftar, ketidakseragaman pembaharuan lesen perniagaan antara pihak berkuasa tempatan (PBT), yuran bayaran permohonan Kebenaran Merancang (KM) serta lesen perniagaan yang baru," katanya kepada pemberita di Parlimen di sini.

Chor berkata penyediaan garis panduan itu telah mengambil kira keperluan semasa dan akan datang dan meliputi aspek perancangan tapak serta aspek pelesenan dan proses penubuhan tadika dan taska.

"Ini termasuk aspek perancangan dan penubuhan tadika dan taska di tempat kerja, institusi, bangunan perniagaan, bangunan berintegrasi dengan kemudahan masyarakat dan di kawasan kediaman sekiranya perlu.

Chor juga yakin garis panduan ini mampu menjadi alat pemudah cara bagi mereka yang mahu menubuhkan taska dan tadika.

"Garis panduan ini dilaksanakan di peringkat pihak berkuasa negeri dan pihak berkuasa tempatan (PBT) melalui Unit Pusat Setempat (OSC), dan dengan pendekatan ini, semuanya akan terkandung dalam set borang yang komprehensif dan kelulusan akan diperoleh dengan segera.

"Proses kelulusan hanya akan mengambil masa tujuh hari bekerja bagi penubuhan taska/tadika di tapak yang telah didirikan bangunan dan 14 hari bagi penubuhan taska/tadika di tapak yang belum didirikan bangunan," katanya.

Dari segi penyelarasan bayaran pula, Chor berkata ia dibahagikan mengikut kategori PBT iaitu Majlis Bandaraya, Majlis Perbandaran dan Majlis Daerah. - BERNAMA

iklan

Video

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Kolumnis

iklan

Iklan