Hishamuddin Nafi Keluar Surat Kelulusan Khas Proses Pemutihan Pati

Diterbitkan: Rabu, 21 Mac 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein pada Rabu menafikan ada mengeluarkan surat kelulusan khas bagi proses pemutihan Program Penyelesaian Menyeluruh Pendatang Asing Tanpa Izin (6P), yang telah diguna oleh pihak tertentu untuk mengutip wang. Hishammuddin menegaskan beliau tidak pernah mengeluarkan surat berkenaan sambil memberi amaran tidak akan berkompromi terhadap pihak yang cuba mengaut keuntungan dengan mengggunakan dokumen tersebut.

"Tidak ada surat daripada Menteri Dalam Negeri yang mengizinkan mana-mana pihak untuk membawa pekerja asing tanpa melalui proses yang sepatutnya," katanya dalam sidang media di lobi Parlimen di sini, Rabu.

Hishammuddin mengulas laporan mengenai kewujudan surat yang kononnya ditandatangani oleh beliau dan kini dijadikan modal oleh pihak tertentu di Cameron Highlands untuk mengutip wang daripada majikan, khususnya pemilik ladang teh dan pekebun sayur.

Dalam perkembangan lain Hishammuddin berkata, Kementerian Dalam Negeri (KDN) bersedia untuk mempercepatkan proses kelulusan permohonan pekerja asing daripada mana-mana kementerian yang memerlukan.

Beliau berkata, langkah itu perlu bagi memastikan ekonomi negara terus berkembang, tanpa menjejaskan usaha kerajaan untuk mempertingkatkan keselamatan nasional. Katanya, kementerian yang memerlukan khidmat pekerja asing dalam sektor tertentu perlu memaklumkan dan mengesyorkan sendiri kepada KDN tentang keperluan masing-masing. "Saya rasa ini lebih tepat kerana tidak mungkin KDN tahu apa sebenarnya keperluan di sektor pertanian, perladangan, pelancongan dan pembinaan.

"Jadi biarlah kementerian yang bertanggungjawab, yang ada kemahiran, yang ada hubungan dengan syarikat berkenaan syorkan kepada kita sendiri untuk memastikan pemprosesan permohonan itu berjalan dengan lancar," katanya. - BERNAMA

iklan

Video

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 3:37 PM

Siapa Haida Hafiz?

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Selasa, 17 Oktober 2017 9:00 AM

Ferhad Nak Berdangdut!

Isnin, 16 Oktober 2017 2:00 PM

Jom Santai Bersama Ruhainies Dan Tajul!

Isnin, 16 Oktober 2017 1:17 PM

Macam Mana Boleh Tersepit?

Isnin, 16 Oktober 2017 9:00 AM

#BiziBody: Haters Maki Tajul Di Instagram!

Kolumnis

iklan

Iklan