Syarikat Telekomunikasi Diminta Kenakan Kadar Internet Termurah Untuk Luar Bandar

Diterbitkan: Selasa, 20 Mac 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Syarikat telekomunikasi tempatan akan diminta mengkaji kemungkinan mengenakan caj paling murah untuk perkhidmatan jalur lebar bagi pelanggan di luar bandar.

Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan Datuk Seri Dr Rais Yatim berkata langkah itu akan membolehkan penduduk luar bandar menikmati kemudahan Internet dengan kadar yang lebih murah daripada kadar sedia ada.

Ketika berucap pada perhimpunan bulanan kementerian itu di Kompleks Sultan Abdul Samad di sini Selasa, beliau juga minta warga kementerian itu supaya mempertingkatkan usaha memberi gambaran dan penerangan yang jelas mengenai beberapa usaha kerajaan termasuk Program Transformasi Kerajaan kepada rakyat.

Katanya program-program sentuhan rakyat seperti Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) menunjukkan kerajaan di bawah pimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak amat prihatin dan sayang kepada rakyat.

"Program-program seperti BR1M ini adalah untuk meringankan beban rakyat dan patut diperjelaskan supaya rakyat betul-betul memahami hasrat kerajaan," katanya.

Rais berkata walaupun telah lama dalam pentadbiran kerajaan, beliau belum pernah menyaksikan tahap usaha dan keprihatinan kerajaan seperti yang dilakukan oleh kerajaan sekarang.

Yang turut hadir pada perhimpunan itu ialah kedua-dua timbalan menteri penerangan komunikasi dan kebudayaan, Datuk Salang Gandum dan Datuk Maglin Dennis D'Cruz dan ketua setiausaha kementerian Datuk Seri Kamaruddin Siaraf. - BERNAMA

iklan

Video

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 10:55 PM

Abam Bocey Malu Manja Dengan Isteri Depan Kamera

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Jumaat, 8 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Awi Rafael - Kau Di Hatiku

Khamis, 7 Disember 2017 8:00 PM

Nadzmi Adhwa Dikurung Selepas Kantoi Dadah

Rabu, 6 Disember 2017 6:51 PM

Sherry Ibrahim Tak Hilang, Masih Laris

Rabu, 6 Disember 2017 2:00 PM

"Makin Ramai Nak Taja Saya" - Wany Hasrita

Kolumnis

iklan

Iklan