SPRM Diminta Jelaskan Perkembangan Siasatan Berhubung Laporan Terhadap Harta Azmin Ali

Diterbitkan: Selasa, 20 Mac 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) pada Selasa diminta menjelaskan perkembangan siasatannya berhubung satu laporan yang dibuat lebih dua tahun lepas mengenai harta Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat Azmin Ali dan isterinya.

Bekas setiausaha sulit Datuk Seri Anwar Ibrahim, Anuar Shaari, berkata bahawa pada 17 November 2009 beliau telah membuat laporan polis berhubung perkara itu dan kes berkenaan kemudian dikendalikan oleh SPRM.

"Seminggu selepas saya membuat laporan polis, SPRM telah panggil saya untuk diambil keterangan, (dan) difahamkan sampai sekarang kes itu masih dalam siasatan," katanya kepada Bernama di sini, Selasa.

Anuar berkata bahawa demi ketelusan, beliau berharap SPRM dapat menjelaskan kedudukan sebenar perkembangan siasatan itu.

Beliau turut meminta Azmin mengisytiharkan harta beliau dan isterinya. - BERNAMA

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan