Sedia Kerjasama Tingkat Terjemahan Bahan Ilmiah

Diterbitkan: Selasa, 20 Mac 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Kementerian Pengajian Tinggi sedia bekerjasama dengan Institut Terjemahan Negara Malaysia (ITNM) dalam mempergiatkan usaha terjemahan bahan ilmiah pelbagai bahasa kepada bahasa Melayu.

Timbalan Menterinya, Datuk Dr Hou Kok Chong berkata pada masa ini terjemahan bahan ilmiah Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) tidak dilakukan oleh institut itu memandangkan kepakaran penterjemahan di universiti awam mampu menghasilkan penerbitan terjemahan berkualiti.

Pelan Memartabatkan Bahasa Melayu sebagai bahasa ilmu di institusi pengajian tinggi turut menyarankan penubuhan Unit Terjemahan di bawah Pusat Penerbitan di setiap IPTA bagi mempertingkatkan karya terjemahan bahan ilmiah universiti khususnya dalam bidang sains dan teknologi, katanya.

Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan Datuk Dr Mohamad Shahrum Osman (BN-Lipis) pada persidangan Dewan Rakyat di sini, Selasa.

Hou berkata IPTA perlu mengambil inisiatif menambah bilangan artikel jurnal berindeks dan penerbitan buku akademik dalam bahasa Melayu, terutama bagi jurusan sains dan teknologi.

Ganjaran setimpal diberikan kepada mereka yang menghasilkan penulisan berbentuk ilmiah seperti jurnal, buku, bab dalam buku, manual, monograf dan prosiding dalam bahasa Melayu, katanya. - BERNAMA

iklan

Video

Khamis, 23 November 2017 11:18 PM

Fazura Sah Tunangan Fattah Amin

Khamis, 23 November 2017 7:36 PM

Alahai KTM! Bila Isu Tren Tergelincir Nak Selesai?

Khamis, 23 November 2017 4:00 PM

Tatang Bagai Puteri, Tapi Ini Jadinya - Harris Baba

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Kolumnis

iklan

Iklan