Pungutan Zakat Melalui Kaunter Pos Meningkat

Diterbitkan: Selasa, 20 Mac 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Pusat Pungutan Zakat (PPZ) pada Selasa mengumumkan berjaya mengutip zakat sebanyak RM232,870 melalui kaunter pos bagi tiga bulan pertama tahun ini, menunjukkan kesedaran di kalangan masyarakat Islam di Wilayah Persekutuan semakin meningkat.

Ketua Pegawai Eksekutif PPZ-Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) Mohd Rais Alias berkata ia merupakan peningkatan 29 peratus daripada RM179,808 bagi tiga bulan pertama tahun lepas.

"Peningkatan jumlah juga bertambah disebabkan jumlah pembayar semakin meningkat bagi tempoh sama iaitu 17 peratus (391 orang) berbanding tahun lepas 335 orang.

"Setiap tahun jumlah kutipan dan pembayar di kaunter Pos Malaysia Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (WPKL) menunjukkan peningkatan ketara seiring dengan perkhidmatan cemerlang serta kempen yang dijalankan," katanya kepada pemberita pada Majlis Anugerah Kaunter Angkat dan Kecemerlangan Kaunter Pos 2011 di Wisma PPZ, Selasa. Pada majlis itu, Mohd Rais menyampaikan anugerah kepada kaunter angkat serta kaunter pos sebagai tanda terima kasih dan penghargaan di atas khidmat cemerlang yang diberikan sepanjang tahun lepas.

Beliau berkata anugerah kaunter pos dibahagikan kepada lima kategori iaitu Anugerah Jumlah Kutipan Zakat Tertinggi, Anugerah Bilangan Pembayar Zakat Tertinggi, Anugerah Pejabat Pos Sentiasa Menerima Bayaran, Anugerah Pejabat Pos Tertinggi Peningkatan Kutipan Zakat dan Anugerah Pejabat Pos Tertinggi Peningkatan Pembayar Zakat.

Pada tahun ini, Anugerah Jumlah Kutipan Zakat Tertinggi diterima Kaunter Pos Cawangan Bandar Tun Razak dengan kutipan RM50,512 pada tahun lepas berbanding RM33,977 pada 2010. Mohd Rais berkata sepanjang 2005 sehingga 2011, kutipan zakat di kaunter pos berjumlah RM3.39 juta dengan 3,193 pembayar, yang melakukan pembayaran menerusi tiga kaedah pembayaran iaitu kaunter pejabat pos, kaunter pos bergerak dan Internet pos online. - BERNAMA

iklan

Video

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Kolumnis

iklan

Iklan