Program Pemutihan Kilang Haram Di Selangor Dilanjut Sehingga Akhir Tahun Ini

Diterbitkan: Selasa, 20 Mac 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

SHAH ALAM: Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor pada Selasa diberitahu bahawa kerajaan negeri bersetuju meneruskan program pemutihan kilang yang dibina tanpa kebenaran di negeri itu sehingga 31 Disember ini.

Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Kampung Baru dan Penyelesaian Kilang Haram negeri Ean Yong Hian Wah berkata langkah itu membolehkan semua syarikat dan kilang haram yang beroperasi di negeri ini mengemukakan permohonan pertukaran syarat tanah (daripada pertanian kepada industri) untuk beroperasi secara sah.

Beliau berkata sebanyak 1,021 lot tanah ataupun 45.38 peratus daripada sejumlah 2,250 lot tanah pertanian telah mengemukakan permohonan sehingga Mei tahun lepas untuk menukar syarat status tanah untuk beroperasi secara sah.

"Daripada jumlah itu, sejumlah 857 permohonan telah diluluskan dan jumlah premium tambahan yang berjaya dikutip oleh kerajaan negeri ialah lebih RM112 juta," katanya ketika menjawab soalan Khasim Abdul Aziz (PAS-Lembah Jaya) pada sidang DUN, di sini Selasa.

Sementara itu, Anggota Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri yang bertanggungjawab terhadap hal-ehwal kerajaan tempatan Ronnie Liew Tian Khiew berkata tapak Pemindahan Sisa Pepejal (SATS) di Seksyen 21 di sini telah mula beroperasi pada 10 Jan dengan menerima anggaran sisa pepejal seberat 400 tan sehari dari Majlis Bandaraya Shah Alam.

Beliau berkata SATS telah menerima sisa pepejal dengan anggaran purata 1,000 tan hingga 1,100 tan sehari bulan ini dari Majlis Perbandaran Subang Jaya dan Majlis Bandaraya Petaling Jaya.

"Semua sisa pepejal di SATS ini akan dihantar ke Tapak Pelupusan Sampah Jeram," katanya ketika menjawab soalan Saari Sungib (PAS-Hulu Klang).

Ronnie berkata pihak Worldwide Holdings Berhad terpaksa menanggung kos sebanyak RM800,000 sebelum tapak SATS mula beroperasi.

Kos yang ditanggung antara lain meliputi membayar bil utiliti, kemudahan keselamatan dan penyelenggaraan kenderaan yang digunakan, katanya. - BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 20 Oktober 2017 2:30 PM

Umur Dah Lanjut Pun Nak Menyanyi Lagi?

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Kolumnis

iklan

Iklan