Pembangkang Tak Sokong Tubuh PSC Lynas

Diterbitkan: Selasa, 20 Mac 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Pembangkang menolak penubuhan Jawatankuasa Pilihan Khas Parlimen (PSC) bagi mengkaji pembinaan Projek Lynas Advanced Materials Plant (LAMP) kerana menyifatkannya sebagai helah kerajaan untuk meneruskan pembinaan kilang nadir bumi Lynas di Gebeng, Pahang.

Dr Dzulkefli Ahmad (PAS-Kuala Selangor) berkata, pembangkang mempertikaikan keikhlasan kerajaan dalam penubuhan jawatankuasa berkenaan yang disifatkan hanya sebagai mekanisme dalam mencapai persetujuan meneruskan projek tersebut.

Sebaliknya menggesa agar kerajaan mengarahkan Lynas supaya menghentikan sebarang operasi sekiranya PSC mahu meneruskan kajian.

"PSC ini sekadar untuk menghalalkan tindakan kerajaan...ia seperti matlamat menghalalkan cara.

"Oleh kerana itu kami Pakatan Rakyat menolak penubuhan PSC," katanya ketika membahaskan usul penubuhan jawatankuasa berkenaan di Dewan Rakyat pada Selasa.

Terdahulu Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz membentangkan usul penubuhan Jawatankuasa Pilihan Khas Parlimen bagi meneliti isu-isu yang menjadi perhatian pihak awam serta standard keselamatan projek LAMP.

Jawatankuasa berkenaan yang diberi tempoh selama tiga bulan untuk menjalankan tugas akan dianggotai oleh sembilan Ahli Parlimen iaitu lima daripada Barisan Nasional (BN), tiga mewakili pembangkang dan seorang wakil Bebas.

Ia akan dipengerusikan oleh Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin.

Dzulkefli berkata, jika kerajaan masih mahu menubuhkan PSC ini, satu arahan perlu dibuat segera supaya Lynas menghentikan segala operasi di Gebeng.

"Kedua,kerajaan perlu menarik balik lesen yang diberikan kepada Lynas serta mereka seharusnya dihalang daripada meneruskan apa jua kegiatan sehingga PSC siap membuat penelitian," katanya.

iklan

Video

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 10:55 PM

Abam Bocey Malu Manja Dengan Isteri Depan Kamera

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Jumaat, 8 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Awi Rafael - Kau Di Hatiku

Kolumnis

iklan

Iklan