Pandangan Akademia Input Penting Dalam Soal Lynas - Khaled Nordin

Diterbitkan: Selasa, 20 Mac 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PUTRAJAYA: Pandangan para akademia merupakan input penting yang perlu untuk diambil kira dalam membincangkan isu-isu berkaitan kilang nadir bumi Lynas di Gebeng, Pahang, kata Menteri Pengajian Tinggi Datuk Seri Khaled Nordin.

Beliau berkata sekiranya Parlimen bersetuju dengan penubuhan Jawatankuasa Khas Parlimen (PSC) bagi meneliti isu yang berkaitan dengan kilang itu, pandangan kumpulan akademia ini perlu didengar oleh jawatankuasa berkenaan, kerana kumpulan inilah sebenarnya yang mempunyai kepakaran dan pengetahuan dalam bidang itu.

Pada zaman rata-rata rakyat kini berilmu pengetahuan, beliau percaya dalam setiap keputusan yang diambil, ia perlu bersandarkan kepada ilmu, dan di sinilah pentas yang akan menyerlahkan betapa relevan dan pentingnya peranan yang dimainkan pihak universiti dan para akademia dalam negara.

"Menerusi jawatankuasa ini nanti kita boleh secara berstruktur, mendengar pandangan orang ramai dan cari jawapan dari pihak yang berkemahiran dan pakar, supaya (mereka) dapat membantu menjelaskan kepada rakyat mengenai projek ini dan menjelaskan apa saja kebimbingan yang dibangkitkan," katanya kepada pemberita selepas menghadiri perhimpunan bulanan Kementerian Pengajian Tinggi di sini.

Minggu lepas kabinet dilapor memberi lampu hijau kepada penubuhan jawatankuasa itu, dan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Mohd Nazri Abdul Aziz dilaporkan berkata jawatankuasa yang akan diketuai oleh Khaled itu akan dianggotai empat wakil dari Barisan Nasional, tiga dari pembangkang dan seorang anggota bebas.

Bagaimanapun akhbar hari ini melaporkan bahawa Ketua Menteri Pulau Pinang yang juga setiausaha agung DAP Lim Guan Eng berkata parti itu tidak akan mengambil bahagian dalam jawatankuasa itu, di samping mencadangkan kepada kepimpinan Pakatan Rakyat supaya turut mengambil tindakan yang sama.

Merujuk kepada perkara itu, Khaled berkata beliau tidak tahu kenapa mereka berbuat demikian sedangkan pembangkang sendiri sebelum ini yang minta diadakan bermacam-macam suruhanjaya bagi menyiasat pelbagai perkara.

"Kenapa perlu takut, kenapa tak mau kebenaran? Adakah kita nak selesai semua masalah kita di tepi jalan, atau di pentas politik semata-mata," katanya.

"Parlimenlah institusi yang beri peluang menyediakan satu pentas, di mana kita sebagai satu golongan yang matang boleh duduk berbincang cari jalan untuk memaju dan membangunkan negara. Kalau peringkat parlimen tubuhkan jawatankuasa pun tak nak, habis bagaimana?" katanya.

Khaled berkata sekiranya diluluskan, jawatankuasa itu nanti akan mendengar pandangan dari semua pihak, mengenai apa yang menjadi kebimbangan mereka serta asas pendirian mereka, sama ada ia bersandarkan kepada satu fakta yang boleh dijelaskan, atau mungkin kerana bermotifkan politik semata-mata. - BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Selasa, 14 November 2017 9:00 AM

“Penat..Tapi Best!” - Nad Zainal

Kolumnis

iklan

Iklan