Pairin Mahu Agihan Kerusi BN Dibincang Secara Meja Bulat

Diterbitkan: Selasa, 20 Mac 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KOTA KINABALU: Presiden Parti Bersatu Sabah (PBS) Tan Sri Joseph Pairin Kitingan berkata isu mengenai agihan kerusi dalam kalangan parti komponen Barisan Nasional negeri pada pilihan raya umum sebaiknya dibincangkan pada meja bulat dan bukan secara terbuka.

Beliau berkata ini bagi memastikan isu berkenaan dapat diselesaikan dalam semangat kekeluargaan BN.

Pairin, yang juga Timbalan Ketua Menteri, berkata agihan kerusi, yang diberikan dan dipersetujui oleh semua anggota parti komponen BN Sabah pada pilihan raya yang lepas, seharusnya menjadi asas rundingan.

"Cuma kerusi Parlimen dan negeri yang dikosongkan oleh Parti Maju Sabah (SAPP) (yang keluar daripada Barisan Nasional pada September 2008), perlu dibincang secara bersama oleh BN negeri," katanya kepada pemberita selepas merasmikan persidangan Hari Air Sedunia peringkat negeri Sabah di sini, Selasa.

Pairin berkata demikian ketika diminta mengulas kenyataan Ketua Umno Penampang Datuk John Ambrose pada Ahad lepas yang mahu BN mengkaji semula formula agihan kerusi dalam kalangan parti komponennya.

Ambrose dipetik sebagai berkata bahawa BN sepatutnya menghapuskan amalan memperuntukkan semula kerusi kepada parti komponen yang bertanding pada pilihan raya umum sebelum ini yang menurutnya banyak mendatangkan keburukan kepada B Nkerana berdasarkan amalan itu, sesebuah parti komponen masih diberi peluang untuk bertanding tanpa mengira sama ada ia mempunyai calon boleh menang atau tidak.

"Beliau bebas memberi pandangan namun ada baiknya isu seperti ini dibincangkan melalui perundingan meja bulat," kata Pairin.

Mengenai keinginan beberapa parti komponen BN negeri meletakkan calon daripada parti masing-masing untuk bertanding bagi kerusi Parlimen Sepanggar, yang dahulunya dimenangi oleh SAPP, beliau berkata: "Seperti juga parti komponen BN yang lain, PBS juga berminat untuk meletakkan calon di situ."

SAPP keluar daripada BN pada 17 Sept 2008 mengakibatkan BN kehilangan dua kerusi Parlimen iaitu Sepanggar dan Tawau serta dua kerusi negeri iaitu Likas dan Luyang.

Dua lagi kerusi yang diperuntukkan kepada SAPP iaitu Elopura dan Tanjung Papat kekal dalam BN selepas wakil rakyatnya, Au Kam Wah dan Datuk Raymond Tan Shu Kiah, memutuskan untuk keluar daripada SAPP dan menyertai Gerakan.

Sebelum itu, dalam ucapannya, Pairin berkata walaupun Malaysia mempunyai limpahan air bersih, bekalannya tidak harus dilihat sebagai sesuatu yang akan dinikmati secara berterusan.

Katanya perubahan iklim telah menunjukkan kesan yang negatif terhadap persekitran alam termasuk sumber air.

"Ia mendatangkan risiko kepada kehidupan dan kepada jaminan bekalan makanan terutamanya kepada penduduk miskin," katanya.

Pairin berkata generasi akan datang akan berdepan dengan masalah kekurangan bekalan air dan ini akan menyebabkan berlakunya masalah kesihatan. -BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 20 Oktober 2017 2:30 PM

Umur Dah Lanjut Pun Nak Menyanyi Lagi?

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Kolumnis

iklan

Iklan