PAC Tangguh Siasatan Isu NFCorp

Diterbitkan: Selasa, 20 Mac 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Pendengaran siasatan Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) berhubung kontroversi National Feedlot Corporation (NFCorp) terpaksa ditangguhkan kerana pengurusan tertinggi syarikat milik keluarga Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil itu enggan memberi kerjasama.

Sebaliknya NFCorp hanya menghantar seorang jurucakap yang juga Pengurus Besar Sumber Manusia, Wan Zurina Saaran bersama dua peguam bagi menghadiri sesi pendengaran tersebut.

Pengerusi PAC, Datuk Seri Azmi Khalid berkata, pihaknya dimaklumkan bahawa keengganan pengurusan tertinggi NFCorp untuk hadir sesi berkenaan adalah atas nasihat peguam dengan alasan kes berkaitan syarikat itu kini sedang melalui proses mahkamah.

Bagaimanapun menurut beliau, PAC akan mendapatkan nasihat Speaker Dewan Rakyat, Tan Sri Pandikar Amin Mulia berhubung sama ada jawatankuasa berkenaan boleh meneruskan siasatan tanpa mengganggu proses undang-undang.

"Kita akan dapatkan pandangan Speaker berhubung perkara ini. Malah sebelum ini pun Speaker pernah menolak usul bagi membincangkan isu NFCorp dalam dewan dengan alasan yang sama.

"Tapi sebelum ini PAC pernah menghadapi situasi yang sama dalam kes membabitkan skandal PKFZ (Zon Bebas Pelabuhan Klang), namun kita masih boleh meneruskan pendengaran selagi tidak mengganggu siasatan pihak berkuasa," katanya ketika ditemui pemberita di bangunan Parlimen di sini, Selasa.

PAC sebelum ini mengarahkan Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani agar menjemput NFCorp hadir memberi keterangan kepada jawatankuasa itu, Selasa.

Sementara itu Ahli Jawatankuasa PAC, Datuk Abdul Rahman Dahlan berkata, sesi pendengaran yang bermula pukul 9.30 pagi tadi tidak memperolehi hasil ekoran keengganan wakil NFCorp memberi sebarang keterangan.

"Wakil-wakil yang hadir sememangnya tidak mahu menjawab sebarang soalan yang kita kemukakan.

"Walaupun kita menyatakan bahawa PAC tidak akan menyentuh mengenai isu yang berkaitan proses mahkamah," katanya.

Baru-baru ini Pengerusi Eksekutif NFCorp, Datuk Seri Dr Mohamad Salleh Ismail, dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur atas empat tuduhan berasingan melakukan pecah amanah membabitkan RM49.7 juta dan menggunakan harta syarikat itu tanpa kebenaran tiga tahun lalu.

Mohamad Salleh menghadapi tuduhan pertama sebagai pengarah NFCorp yang diamanahkan penguasaan terhadap harta syarikat, pecah amanah dengan menyalahgunakan wang RM9,758,140 melalui empat cek di CIMB Islamic Bank Bhd, 138, Jalan Burhanuddin Helmi, Taman Tun Dr Ismail di sini, antara 1 dan 4 Disember 2009.

Wang itu untuk membiayai sebahagian daripada harga pembelian dua unit Kondominium One Menerung, parcel nombor B1-1 dan B1-2, Blok B, yang terletak di geran nombor 65152, no lot 56454, Mukim Kuala Lumpur, oleh syarikat dimiliki keluarga tertuduh, National Meat & Livestock Corporation Sdn Bhd (NMLC).

Dia turut menghadapi tuduhan kedua menggunakan harta syarikat berjumlah RM9,758,140 tanpa kebenaran mesyuarat agung syarikat itu bagi tujuan sama untuk NMLC mendapat keuntungan secara langsung.

Bagi tuduhan ketiga, Mohamad Salleh dituduh pecah amanah dengan menyalahgunakan wang RM40 juta dengan cara memindahkannya melalui cek ke akaun NMLC di Malayan Banking Berhad, Cawangan Solaris Mont Kiara di sini, bagi kegunaan NMLC.

Selain itu, dia menghadapi tuduhan menggunakan harta syarikat RM40 juta tanpa kebenaran mesyuarat agung syarikat itu dengan memindahkannya melalui cek ke akaun NMLC bagi kegunaan NMLC dan mendapatkan keuntungan secara langsung.

iklan

Video

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Jumaat, 15 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Payslip - Semangat Yang Hilang

Kolumnis

iklan

Iklan