MRT Corp Anugerah Pakej Bawah Tanah Kepada MMC-Gamuda JV

Diterbitkan: Selasa, 20 Mac 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Mass Rapid Transit Corporation Sdn Bhd (MRT Corp) mengumumkan pada Selasa menganugerahkan pakej bawah tanah laluan Sungai Buloh-Kajang MY Rapid Transit (MRT) kepada konsortium terdiri daripada MMC Corp Bhd dan Gamuda Bhd (MMC-Gamuda JV).

Keputusan itu dibuat di mesyuarat Jawatankuasa Pemerolehan Sehenti (OSPC) yang dipengerusikan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak pada Isnin.

"Kami komited bagi memastikan kejayaan projek MRT.

"Pemberian projek ini menunjukkan bahawa kerja pembinaan MRT memperoleh momentum ketika kami berusaha menyiapkan projek itu dalam masa dan kos yang disasarkan," kata Ketua Pegawai Eksekutif MRT Corp Datuk Azhar Abdul Hamid dalam satu kenyataan di sini.

"Kerja-kerja membina terowong akan memerlukan kerja bawah tanah besar-besaran. Ia adalah pakej terbesar tunggal MRT yang membentuk 30-40 peratus daripada jumlah kos projek.

"Pemberian pakej bawah tanah itu akan menyediakan peluang kerja yang besar di Malaysia," katanya.

Menurut kenyataan itu, MMC-Gamuda JV dipilih berdasarkan kepada kekuatan konsortium itu dalam reka bentuk, pelan pembinaan dan kelengkapan membina terowong dan metodologi pembinaan stesen dan terowong, terutamanya dalam struktur batu kapur karstic yang mencabar dan pelan pembinaan dan sumber yang ia komited.

MMC-Gamuda JV juga dipilih berdasarkan kepada pengalamannya yang lepas dalam mengendalikan kerja-kerja bawah tanah dalam keadaan bentuk tanah yang sama dan menyediakan pasukan yang sama yang menjalankan projek Mengurus Air Banjir dan Terowong (SMART).

Menurut kenyataan itu konsortium tersebut juga menawarkan harga paling kompetitif pada RM8.2 bilion untuk mereka bentuk dan membina terowong bawah tanah MRT sepanjang 9.5km dan tujuh stesen bawah tanah.

Kerja-kerja bagi pakej bawah tanah itu akan diselia secara langsung oleh MRT Corp.

MMC-Gamuda Joint Venture merupakan satu daripada lima syarikat atau usaha sama yang pra-layak di bawah set kriteria ketat untuk menender pakej bawah tanah projek MRT.

Pesaing lain yang turut menender ialah Hyundai-Gadang-Chengal Jaya Joint Venture, Taisei Corp, Sinohydro Group Ltd, dan the China Railway Group Ltd.

Semua lima syarikat menyertai apabila tender dibuka pada 27 Okt, 2011. Penilaian akhir menunjukkan MMC-Gamuda JV adalah penender yang menawarkan kriteria teknikal terbaik dan bidaannya 3.4 peratus lebih rendah berbanding tawaran terendah kedua.

Tender ditutup pada 27 Jan, 2012. Projek MRT merupakan projek prasarana awam terbesar negara dan adalah pemboleh utama untuk mencapai matlamat Bidang Ekonomi Utama Negara (NKEA) Greater Kuala Lumpur/Lembah Klang bagi menjadikan Kuala Lumpur antara 20 bandar utama dunia yang sesuai didiami dan bandar raya dengan ekonomi yang rancak menjelang 2020. - BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan