Libatkan Parti Politik Semak Daftar Pemilih SPR - Ongkili

Diterbitkan: Selasa, 20 Mac 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Jawatankuasa Pilihan Khas Parlimen (PSC) bagi menambahbaik sistem pilihan raya sedang mengkaji mekanisme baru untuk membolehkan parti politik terlibat melakukan semakan terhadap daftar pemilih Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).

Pengerusinya, Datuk Seri Dr Maximus Ongkili berkata, semakan menerusi mekanisme sistem terbuka itu beupaya membersihkan beberapa keraguan dalam daftar pemilih SPR seperti yang dibangkitkan beberapa pihak.

"Saya tidak boleh dedahkan secara terpeinci, tapi kami sedang mengkaji mekanisme yang dicadangkan bagi melakukan semakan berterusan.

"Ia adalah sistem terbuka bagi membolehkan parti politik mengambil bahagian dalam membantu SPR membersihkan (daftar pemilih) termasuk alamat yang tidak sempurna," katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat ke-12 jawatankuasa itu di bangunan Parlimen di sini, Selasa.

Beliau mengulas mengenai dakwaan bahawa wujudnya 79,098 pengundi yang didaftarkan secara bertindih di 354 alamat di mana setiap satu alamat mempunyai lebih daripada 100 orang pengundi.

Mengulas lanjut, Ongkili berkata pihaknya sedang meneliti mengenai perkara berkenaan sambil menyatakan bahawa mekanisme sistem semakan terbuka yang sedang dikaji pihaknya berupaya menangani isu seumpama itu.

"Banyak sebab-sebab ia terjadi, mungkin alamat sudah lama atau tidak lengkap. Atau mungkin didaftarkan sebagai alamat kelompok seperti rumah pangsa atau rumah panjang.

"Tapi memang ada satu keraguan bahawa barangkali ia adalah alamat tumpangan yang digunakan untuk mendaftar.

Kami sedang menilit semua itu dan kami akan mencadangkan apa yang perlu dilaksanakan oleh SPR untuk mengurangkan alamat-alamat yang tidak sempurna," katanya.

Dalam pada itu Ongkili berkata jawatankuasa itu akan mengadakan dua lagi mesyuarat terakhir sebelum laporan lengkap dan cadangan mengenai penambahbaikan sistem pilihan raya dibentangkan di Dewan Rakyat pada 2 April depan.

iklan

Video

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Jumaat, 15 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Payslip - Semangat Yang Hilang

Khamis, 14 September 2017 4:00 PM

Farida Jalal Mahu Lebih Kolaborasi Malaysia-Bollywood

Khamis, 14 September 2017 9:00 AM

Faye Kusairi Menangis Tonton Diri Sendiri

Kolumnis

iklan

Iklan