Kerajaan Tidak Had Umur Kenderaan

Diterbitkan: Selasa, 20 Mac 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Kerajaan tidak bercadang untuk menentukan had umur kenderaan bermotor yang dibenarkan menggunakan jalan raya, kata Timbalan Menteri Pengangkutan, Datuk Abdul Rahim Bakri.

Menurut beliau pertimbangan berkenaan dibuat berdasarkan kepentingan dan kebajikan rakyat namun pemilik kenderaan digalakkan sentiasa melakukan pemeriksaan bagi memastikan kenderaan mereka selamat digunakan.

"Pemilik kenderaan digalakkan untuk membuat pemeriksaan kenderaan masing-masing secara sukarela di bengkel atau pusat pemeriksaan kenderaan.

"Malah kerajaan juga melalui Jabatan Keselamatan Jalan Raya dan Institut Keselamatan Jalan Raya Malaysia telah menjalankan pelbagai program kesedaran kepada masyarakat tentang pentingnya memastikan kenderaan mereka selamat sebelum memulakan perjalanan," katanya pada persidangan Dewan Rakyat di sini, Selasa.

Beliau berkata demikian bagi menjawab pertanyaan lisan Muhammad Husain (PAS-Pasir Puteh) yang ingin mengetahui sama ada kerajaan bercadang untuk menentukan had umur kenderaan yang dibolehkan menggunakan jalan raya.

Selain itu Abdul Rahim berkata, kerajaan juga mengambil beberapa langkah tertentu termasuk menjalankan aktiviti penguatkuasaan.

"Bagi memastikan kenderaan yang berada di atas jalan raya dalam keadaan selamat, aktiviti penguatkuasaan sentiasa dijalankan oleh agensi penguatkuasa seperti JPJ (Jabatan Pengangkutan Jalan) dan polis selaras dengan Seksyen 59 dan 60 Akta Pengangkutan Jalan 1989," katanya.

iklan

Video

Selasa, 17 Oktober 2017 3:37 PM

Siapa Haida Hafiz?

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Selasa, 17 Oktober 2017 9:00 AM

Ferhad Nak Berdangdut!

Isnin, 16 Oktober 2017 2:00 PM

Jom Santai Bersama Ruhainies Dan Tajul!

Isnin, 16 Oktober 2017 1:17 PM

Macam Mana Boleh Tersepit?

Isnin, 16 Oktober 2017 9:00 AM

#BiziBody: Haters Maki Tajul Di Instagram!

Jumaat, 13 Oktober 2017 2:30 PM

Ruhainies Bersedia Untuk Berkeluarga

Jumaat, 13 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Farisha Irish - Tak Malu

Kolumnis

iklan

Iklan