Henti Tayang Cerita Hantu Kerana Bertentangan Dengan Islam - Kemala

Diterbitkan: Selasa, 20 Mac 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Tayangan filem, drama dan cerita yang berelemenkan hantu puaka dan jembalang pelesit harus dihentikan kerana ia bertentangan dengan ajaran Islam dan meracuni pemikiran anak-anak bangsa.

Sasterawan Negara Datuk Dr Ahmad Kamal Abdullah atau lebih dikenali dengan nama penanya Kemala, berkata tindakan itu perlu kerana tayangan cerita sebegini hanya akan terus melemahkan akal budi bangsa, jati diri, ketahanan sahsiah serta ketahanan mental seseorang khususnya generasi muda.

Katanya drama atau cerita-cerita genre sedemikian sudah ketinggalan zaman dan tidak relevan lagi dalam konteks zaman moden kini.

"Mengapakah drama-drama atau cerita kita harus terus dimasukkan dengan elemen hantu-hantu puaka? Tak usahlah meracuni pemikiran anak-anak bangsa kita dengan cerita-cerita sebegini.

"Ke manakah hala tuju bangsa kita jika keadaan ini berlarutan? Semua ini akan disoal jawab oleh tuhan di akhirat nanti," katanya ketika ditemu ramah dalam program 'Dalam Radar' terbitan Bernama Radio24 di sini pada Isnin.

Kemala juga mencadangkan supaya pemimpin politik mengadakan pertemuan dengan Sasterawan negara bagi mengimarahkan peranan tokoh-tokoh sasterawan negara yang telah banyak berjasa kepada dunia kesusasteraan tanah air. -BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Kolumnis

iklan

Iklan