Garis Panduan Keselamatan Pekerjaan Untuk Petugas Media Dilancar

Diterbitkan: Selasa, 20 Mac 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Semua majikan petugas media perlu menyediakan tatacara kerja selamat dengan merujuk kepada garis panduan "Safe Work Practices For Media Professionals" bagi mengelak sebarang kejadian yang tidak diingini, kata Menteri Sumber Manusia Datuk Seri S.Subramaniam.

Beliau berkata garis panduan itu menerangkan tindakan yang perlu diambil petugas media, selain membantu pihak pengurusan mengenal pasti risiko yang mungkin timbul sewaktu bekerja.

"Kami tidak mahu kes seperti di Somalia, di mana seorang jurukamera terkorban ketika membuat liputan misi bantuan kemanusiaan berulang.

"Kejadian tersebut amat memberi impak, justeru melalui JKKP (Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan) garis panduan itu dibangunkan untuk membantu petugas media dalam menyampaikan berita terkini," katanya ketika melancarkan garis panduan itu malam Isnin.

Turut hadir Timbalan Menteri Sumber Manusia Datuk Maznah Mazlan dan Pengarah Institut Kesihatan dan Keselamatan Kebangsaan (NIOSH) Tan Sri Lee Lam Thye.

Subramaniam berkata garis panduan itu hasil kerjasama berdasarkan konsep tripartisme penglibatan majikan pekerja dan kerajaan iaitu JKKP, NUJ (Kesatuan Wartawan Kebangsaan Malaysia, Institut Akhbar Malaysia dan Pertubuhan Berita Nasional Malaysia (BERNAMA).

"Sumber rujukan garis panduan itu adalah berdasarkan beberapa rujukan dalam dan luar negara seperti HIRARC (Pengenalpastian Hazard, Penaksiran Risiko dan Kawalan Risiko), BBC Safety and Business Continuity, International News Safety Institute (INSI), Persekutuan Wartawan Antarabangsa (IFJ) dan Deklarasi Universal Hak Asasi Manusia," katanya.

Beliau berkata ini sekaligus dapat mengantarabangsakan garis panduan itu dan ia relevan digunakan semua pihak di mana sahaja.

Mengenai isu "Satu Amah Satu Kerja" Subramaniam enggan mengulas, tetapi tidak menolak kemungkinan berlaku salah faham ekoran perbezaan pengunaan bahasa dan istilah.

"Sekarang terpulang kepada Indonesia untuk menghormati apa yang ditandatangani dan memberi makna kepada perjanjian persefahaman yang telah dipersetujui," katanya.

Pada 30 Mei tahun lepas, kedua-dua negara memeterai perjanjian bagi meminda perjanjian persefahaman (MoU) mengenai Pengambilan dan Penempatan Pembantu Rumah Indonesia pada 2006.

Antara persetujuan yang dicapai ialah kos pengambilan pembantu rumah ditetapkan pada RM4,511, majikan hanya boleh mengambil semula RM1,800 sahaja, pembantu rumah akan diberi satu hari cuti setiap minggu dan dibenarkan memegang pasport sendiri. - BERNAMA

iklan

Video

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Kolumnis

iklan

Iklan