Draf Rancangan Induk Pengangkutan Awam Darat Lembah Klang Siap

Diterbitkan: Selasa, 20 Mac 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Draf Rancangan Induk Pengangkutan Awam Darat Lembah Klang, telah siap dan akan dipamerkan kepada orang ramai untuk mendapat maklum balas.

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Ahmad Maslan berkata draf rancangan itu disediakan oleh Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) bertujuan menggalakkan penggunaan pengangkutan awam di kalangan rakyat, di samping mengurangkan kebergantungan kepada kenderaan persendirian di kawasan bandar.

Selain mewujudkan perkhidmatan pengangkutan awam darat yang lebih bersepadu, efisien, selamat dan mampu dibayar, katanya ketika menjawab soalan Fong Kui Lun (DAP-Bukit Bintang) pada persidangan Dewan Rakyat di sini, pada Selasa.

Fong dalam soalannya ingin tahu cadangan dan rancangan SPAD untuk memperkemas dan meningkatkan perkhidmatan pengangkutan awam di Kuala Lumpur.

Ahmad berkata, pelan itu merangkumi enam komponen termasuk pelan pembangunan rel bandar melibat pembangunan laluan kereta api Express Rail Link (ERL), Transit Aliran Ringan (LRT) dan komuter.

"Pengangkutan itu akan dijadikan tulang belakang yang menyediakan kapasiti pengangkutan yang tinggi dan mempunyai hubungan ke kawasan berpenduduk padat," katanya. -BERNAMA

iklan

Video

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Kolumnis

iklan

Iklan