Timbalan Ketua Polis Daerah Timur Laut P.Pinang Meninggal Dunia

Diterbitkan: Isnin, 19 Mac 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

GEORGE TOWN: Timbalan Ketua Polis Daerah Timur Laut, Supt Ahmad Bakhtiar Kassim meninggal dunia di Hospital Pulau Pinang (HPP) petang ini dipercayai akibat mengalami sesak nafas.

Ketua Polis Pulau Pinang, Datuk Ayub Yaakob berkata, allahyarham yang berumur 54 tahun tiba-tiba terjatuh selepas bermain badminton bersama beberapa rakannya di gelanggang badminton, Jalan Datuk Keramat di sini.

"Pada kejadian kira-kira 5.30 petang itu, allahyarham dikatakan berhenti rehat selepas bermain badminton sebelum mengalami sesak nafas dan rebah. Beliau kemudiannya dikejarkan ke HPP dan diberikan bantuan pernafasan selama lebih sejam sebelum disahkan meninggal dunia," katanya kepada pemberita di sini, Isnin.

Allahyarham Ahmad Bakhtiar, yang telah berkhidmat dengan Polis Diraja Malaysia (PDRM) selama lebih 20 tahun, meninggalkan seorang isteri dan tiga anak lelaki. Jenazah allahyarham akan dibawa pulang ke kampung halamannya di Alor Setar, Kedah untuk disemadikan esok. - BERNAMA

iklan

Video

Isnin, 18 Disember 2017 2:45 PM

Kecoh Naim Daniel 'Berduet' Dengan Hantu

Ahad, 17 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: InTeam - Kasih Kekasih

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Kolumnis

iklan

Iklan