Sekolah Antarabangsa Excelsior Dibina Di Seri Alam Dengan Kos RM60 Juta

Diterbitkan: Isnin, 19 Mac 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

JOHOR BARU: Sebuah sekolah antarabangsa akan dibina di kawasan Seri Alam, di sini, yang melibatkan kos berjumlah RM60 juta dan dijangka siap sepenuhnya pada September tahun depan.

Anggota Parlimen Pasir Gudang Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata Sekolah Antarabangsa Excelsior itu akan dibangunkan di kawasan seluas lapan hektar dan akan memberikan alternatif kepada ibu bapa yang menghantar anak bersekolah di Singapura ketika ini.

"Kita tahu ada ibu bapa yang menghantar anak mereka untuk bersekolah di Singapura...sekurang-kurangnya pembinaan sekolah ini dapat memberikan mereka pilihan.

"Jadi, mereka tidak perlu lagi untuk bangun awal-awal pagi untuk hantar anak mereka ke sana," katanya kepada pemberita pada majlis pecah tanah sekolah berkenaan di Jalan Purnama, Bandar Seri Alam, Isnin.

Mohamed Khaled yang juga Menteri Pengajian Tinggi berkata selain jarak yang dekat, yuran yang bakal dikenakan kepada para pelajar juga adalah 15 peratus lebih rendah berbanding di Singapura.

Beliau berkata, sekolah berkenaan yang dibina dengan kerjasama Seri Alam Properties Sdn Bhd dan sebuah syarikat berpangkalan di Singapura, Raffles Campus Pte Ltd akan dilengkapi dengan pelbagai kemudahan termasuk asrama, bilik darjah berhawa dingin, kolam renang dan gelanggang tenis.

Katanya sekolah tersebut mampu menempatkan lebih 2,500 pelajar pada satu-satu masa dan akan diuruskan sepenuhnya oleh Raffles Campus dengan penyediaan silibus pembelajaran serta aktiviti kokurikulum mengikut piawaian antarabangsa untuk murid berusia tiga tahun hingga 18 tahun.

"Pengambilan pelajar untuk sesi pertama persekolahan akan mula dibuka pada awal tahun depan.

"Pembukaan sekolah seumpama ini selaras dengan kehendak kerajaan untuk memajukan ekonomi melalui sektor pendidikan selain menjadikan kawasan Seri Alam sebagai bandar ilmu pengetahuan," katanya. - BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan