Plus: Hentian Rehat Sebelah Sungai Perak Ditutup Rabu Ini - Berita Semasa | mStar

Plus: Hentian Rehat Sebelah Sungai Perak Ditutup Rabu Ini

Diterbitkan: Isnin, 19 Mac 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Hentian Rehat Sebelah Sungai Perak arah Selatan Lebuhraya Utara-Selatan akan ditutup pada Rabu ini (21 Mac) untuk kerja penyelenggaraan.

Konsesi utama Lebuhraya Utara-Selatan, PLUS Expressways Berhad (Plus) berkata penutupan itu akan bermula dari jam 9 pagi hingga 5 petang.

Pengguna Lebuhraya Utara-Selatan dinasihati menggunakan Hentian Sebelah Bukit Gantang atau Simpang Pulai arah selatan bagi tujuan berehat atau mendapatkan keperluan lain dalam tempoh itu. - BERNAMA

   

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan